Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.
Pelbagai kegiatan yang tidak bermoral dan perlakuan sumbang yang berlaku di kalangan kita para remaja dan pelajar. Dalam Islam telah mengajar pelbagai kaedah didalam pergaulan agar kita tidak tergelincir di dalam lembah kehinaan dan kemaksiatan. Kalau di tengok masyarakat sekarang, masalah sosial sudah menjadi bahan sebatian kita, bermula dengan couple dan berakhir dengan pembuangan anak.
Sebenarnya masalah pembuangan anak ini terjadi akibat dari perasaan malu dan panik apabila hasil perbuatan mereka telah menghasilkan anak luar nikah. Jika mereka lakukan secara halal dan sah , sy yakin perbuatan membuang anak pasti tidak akan berlaku.
Kenapa tidak berkahwin ???..
bagi pendapat sy sendiri, masalah utamanya ialah dari segi kewangan. Sy percaya dari segi nafkah batin, semua pasangan tiada masalah rasanya.. ^_^ .. tapi dari segi nafkah zahir mungkin ada sedikit masalah bagi pelajar-pelajar yang masih lagi menuntut. nak tanggung diri sendiri pun susah ,macam mana nak jaga anak orang.
Masalah ini rasanya boleh diatasi dengan NIKAH KHITBAH. Di sini ada sedikit penjelasan mengenai nikah khitbah yang sy ambil dari petikan Ustaz Nasrudin Hassan :
sumber: salafiah.net
Sebenarnya masalah pembuangan anak ini terjadi akibat dari perasaan malu dan panik apabila hasil perbuatan mereka telah menghasilkan anak luar nikah. Jika mereka lakukan secara halal dan sah , sy yakin perbuatan membuang anak pasti tidak akan berlaku.
Kenapa tidak berkahwin ???..
bagi pendapat sy sendiri, masalah utamanya ialah dari segi kewangan. Sy percaya dari segi nafkah batin, semua pasangan tiada masalah rasanya.. ^_^ .. tapi dari segi nafkah zahir mungkin ada sedikit masalah bagi pelajar-pelajar yang masih lagi menuntut. nak tanggung diri sendiri pun susah ,macam mana nak jaga anak orang.
Masalah ini rasanya boleh diatasi dengan NIKAH KHITBAH. Di sini ada sedikit penjelasan mengenai nikah khitbah yang sy ambil dari petikan Ustaz Nasrudin Hassan :
1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.
2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .
3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .
4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala
Firman Allah swt yang bermaksud :
dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui . (An Nuur : Ayat 32)
5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
Suami
Isteri
Wali
Saksi
Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
- Masih menuntut di kolej atau uniersiti
- Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
- Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.
7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .
8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .
9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .
10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]
11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .
12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.
Perbahasan Hukum
13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :
a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .
b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .
15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .
Berpasangan cara halal yang cukup indah |
sumber: salafiah.net
Story by Ibnushukran
Tags: Info Islam
Salam...mungkin ini jalan penyelesaian. Cuma kita sering dengar org berkata menangani gejala sosial anak2 muda remaja, bagaimana pula kpd org yg telah berkahwin dan ingin beristeri lebih dari satu? Masih bermasalah juga sebenarnya dan undang2 utk itu semakin diperketatkan pula. Tiadakah gejala negatif dr golongan ini? Ada, tetapi disorok2an.
mntak share eh article nie..
@Abang Long
betul jgk 2 abg long.. golongan y sudah berkahwin pun ada jgk sbnarnya masalah.. ada y sudah berkahwin tapi masih lgk bersosial dengan permpuan lain.. wallah a'lam ..sy blom lgk berada di situasi golongan berkhwin, so kurang tahu sngt..
@Sery Suryani
silakan sery suryani.. :)
sis sokong entry yang ini... seharusnya semua pihak memainkan peranan... bukan kita tolong remaja kita terus bergelumang maksiat dengan menubuhkan sekolah hamil... jalan yang Allah beri sangat la baik.. tapi nak jugak ikut akal manusia yang lack sana sini...
sebgai kerajaan jugak.. patut la buat kempen "kami tidak menyokong hantaran tinggi" hehe.. ni tak mak bapak sekarang mata duitan lebih dari anak lagi... yang lain tu insyallah dapat dibendung.. tapi bila melibatkan pihak kerjaan dan ibu bapa memang la sangat merumitkan...
masing2 tak boleh bagi kerjasama..
bagus aa entry ni. serious.
nice entry. pengetahuan untuk masa hadapan. hehe.
betul. love this artikel. but somehow bila saya cakap benda ni kat membe laen tup tup kena klasifikasi as -->
si-gatai-miang-tak-sabar-nak-kawen-padahal-lom-abes-blaja.
and ada lagi siap bantah cakap pasangan yang kawen awal ni tak matang lagi, nanti gaduh-gaduh sikit bercerai. aig0o.. mentaliti dorang ni susah la nak ubah. ;(
@~nsar~
2 la sis.. hantaran la ni semua makan ribu riban, yang xde duit 2 la yang x mnyempat mulalah ikut nafsu buat sana sini.. patut jgk krajaan bagi insentif untk remaja2 y nak berkahwin.. kan.. :D
@wannurakmal
thanks wan.. :)
@Fatma Diyana MB.
yup .. ni untuk kita masa hadapan dan jg masa skarang bgi y xsab0 nk kahwin.. hehe
@misz farah
yang 2 mentaliti orang,ada yang baik ada yang buruk..
tapi cuba tanya dia klu dia ada x kluar, pegang tangan, usik sini sana ngan bukan muhrim.. ada tak??..
klu dia ckp ada,mentaliti dia y sdikit rosak,npe nk wat perkara haram krn Islam telah mggariskan perkra y molek dan cantik, npe nk ikut pergerakan brnfsukan syaitan..
tp klu dia elok mnjaga batasnya,alhamdulillah.. :)
kalau ttg nafkah bagaimana? saya dan pasangan mmg terfikir nak nikah khitbah. tp kami terlalu jauh. saya di timur tgh dan dia di malaysia. boleh ke lksanakn nikah khitbah ni dalam tempoh yg lama? tapi kami bru 19 tahun. tidak terlalu muda ke?
@Anonymous
tngtnga nafkah batin mgnikin tiada masalah krn kedua2 pihak sdh berstuju untk berasingn untk tmpoh tertntu.. nafkah zahir terdpat khilaf disitu,tp jumhur ulama' berstuju mngatakn nafkah zahir wajib stelah berlaku khidupan suami isteri yakni tnggl bersama dan sbgainya..
tempoh pula mngikut persetujuan dan tmpoh stelah benar2 yakin dan sgala halangan telah tiada.. iaitu setelah yakin benar akan menjlankan kehidpan bersuami isteri..
mngenai muda plak,sy rasa tiada masalah k0t.. usia bukan pnghalang.. snng tnya diri sendiri samaada benar dan yakin untuk bernikah.. sy pun belum kuat dalm hal ini,cuba bertnya ustaz2 yg pkar,salah harp betulkan..
mknanya, nafkah zahir hanya diwajibkan jika suami isteri tggl bersama? kalau saya pulang bercuti ke mesia, kalau saya tidur rumah mentua atau dia tidur di rumah saya untuk beberapa hari, bagaimana pula dengan keadaan begitu? adakah nnt itu dikira sebagai sudah berlaku kehidupan suami isteri?
@Anonymous
wallahu a'lam.. sy xpasti .. sy rasa khidupan itu blum lgk sperti biasa.. 2 mcm berjumpa skejap,tp jika mlakukan persetubuhan itu dikira halal..
okay. terima kasih.