10

Antara aurat wanita dalam Islam

Filled under : Info Islam

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. 
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. 
Sabda Rasullulah saw: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda Rasulullah saw, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya 

Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Islam

10 comments

  1. Mrs.Yie May 9, 2011 at 10:52 AM

    untung la akak ada bulu kening halus semulajadi..sedih tgok bakal2 pgantin ppuan yg mencukur blu kening semata2 nk nampak cantik semasa majlis perkahwinan..kita mahu majlis perkahwinan tu berkat tapi bila dah di cemari dgn perkara2 seperti itu,di mana letaknya keberkatan majlis tu?

    Best Blogger Tips
  2. ~nsar~ May 9, 2011 at 11:28 AM

    bukan senang nak protect diri betul2... sis pun kadang2 terbabas...niat bagus dah.. tapi nak istiqamah tu ya allah seksa..

    Best Blogger Tips
  3. dhiera May 9, 2011 at 12:49 PM

    nak tanya..
    pasal kening itu, sekarang mak andam dah ramai tak cukur bulu kening sebab tahu ianya haram. tapi masa mekapkan pengantin, dorang mekap bagi bulu kening tu nampak cantik seolah-olah dicukur. dalam situasi ni, macam mana pula?

    pasal gigi pula, maksudnya tak boleh pakai braces (pelakap gigi) la ea? macam mana pula dengan scalding?

    Best Blogger Tips
  4. Ibnushukran May 9, 2011 at 2:36 PM

    @Mrs.Yie

    betul 2 kak..
    sy rasa xperlu mncukur kning jika ianya hanya untk kklihatan lawa ktika majlis perkahwinan.. HARAM mngubah seuatu kejadian untuk kelihatan cantik..

    Best Blogger Tips
  5. Ibnushukran May 9, 2011 at 2:37 PM

    @~nsar~

    betul 2 sis nsar.. kita ni mmng sering kali ingat tntng semua halal haram dalm agama , kadang2 kita asyik terlupa jgk kan.. moga kita sama2 beringat.. :)

    Best Blogger Tips
  6. Ibnushukran May 9, 2011 at 2:44 PM

    Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits : “ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yang minta ditatoo , tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yang minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta dilaknat juga wanita-wanita yang cuba mengubah ciptaan Allah “

    dalam case mak andam juga terlibat bersandarkan pada hadith diatas iaitu tukang2 cukur kening dan juga orng y dicukur..

    pakai braces mmng jatuh pada hukum haram sekirany pelaku memakai braces dgn niat kearah kecantikan.. jika giginya buruk, jongang atau sbgainya y mmbuat diri mrasa rendah diri ,mental dan sabgainya, ianya menjadi hukum harus...

    jika saudari kurang jelas boleh pergi ke sini..
    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9461.0

    Best Blogger Tips
  7. Nur Misnan May 9, 2011 at 5:10 PM

    Sebenarnya islam itu indah
    banyak perkara terkadang kita keliru
    contohnya kening
    ada yg kata tidak mengapa
    dan ada pula kata haram...

    yang penting nawaitu
    setiap perkara yang kita lakukan
    disertakan dgn nawaitu
    jika mencukur kening utk kelihatan cantik
    dihadapan suami, maka diharuskan..
    insyaAllah.. Allah itu MAHA PENGAMPUN pada hamba-Nya

    Best Blogger Tips
  8. Ibnushukran May 10, 2011 at 8:47 AM

    @Nur Misnan

    jika perkara yang hanya suami dapat melihat seperti bulu kaki ianya mndatng hukum harus krna klihatan cantik untuk suaminya shja..

    dan ianya harus sekiranya bulu kaki permpuan itu lebat shingga menyamai bulu kaki llki ..

    bulu kening wallahu a'lam..

    Best Blogger Tips
  9. Melur Jelita May 10, 2011 at 8:58 PM

    Betulsangat - sangat la

    Best Blogger Tips
  10. Ibnushukran May 11, 2011 at 12:01 AM

    betul 2 kak melur.. :)

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat