SEORANG bapa di China yang berang telah mengheret keluar anak lelakinya dari sebuah cybercafe dengan cara menarik rambut, membogelkan serta mengheret anaknya yang degil itu pulang ke rumah dengan berjalan kaki di depan khalayak ramai. Bapa yang hilang sabar itu melakukan demikian selepas remaja yang ketagihan game komputer itu ingkar dengan arahannya agar berhenti daripada bermain komputer.
Lu Tan, 39 berkata, dia telah memberi amaran kepada Xiaomeng, 14 berpuluh kali agar jangan lagi bermain game komputer, tambahnya lagi "Saya telah membuang komputernya ke dalam tong sampah kerana dia menghabiskan seluruh masanya di dalam bilik dan tidak mahu melakukan kerja lain, namun apabila saya pulang ke rumah dari tempat kerja, saya dapati dia telah keluar ke cybercafe".
Bapa yang berang itu telah menyerbu masuk ke dalam sebuah cybercafe di bandar Hechi, dalam wilayah autonomi Guangxi Zhuang di Selatan Negara China itu lantasmengheret anaknya keluar di hadapan rakan-rakannya yang lain yang sedang asyik bermain game.
Seorang saksi yang ditemui berkata, "Dia memukul anaknya, budak itu tidak henti-henti meminta ampun namun dia mahu menunjukkan kepada semua serta memberi pengajaran kepada budak itu lalu mengheretnya pulang ke rumah selepas mengikat kedua tangan serta membogelkannya."
"Seseorang telah memanggil polis, namun mereka tidak mahu masuk campur apabila lelaki itu mengatakan bahawa anaknya telah mencuri duit untuk bermain internet."
Tan memberitahu polis, "Ibu Xiaomeng telah meninggal dunia sejak dia berumur 9 tahun. Sayalah yang membesarkannya. Saya bekerja keras siang dan malam untuk menanggung keluarga."
"Harapan kepada anak saya, tidak terlalu hebat tapi saya mahu dia hidup di dalam dunia yang sebenar, dan menjadi orang yang sebenar."
"Saya dah beritahu dia banyak kali, melayari internet tidak baik, tapi dia tak mahu dengar. Saya pukul dia kerana saya tidak mahu hidupnya dirosakkan dengan internet."
ibnushukran: biasalah tabiat budak2 time kecik2. Tapi mungkin jgk cara didikan si ayah tu kurang sikit. Kalau betul cara tak kan anak dia degil sangat.. si anak plak patut dengar cakap ayah dia 2 yang penat keje siang malam untuk menyara keluarga.
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa
kesiannya kat budak tu.. tu dia tak mau dengaq cakap ayah.. kena ayah yang garang nak buat camna lagi... lagi satu anak lelaki sama... orang utagha cakap keteqag.. hehe
tak salah nak didik anak. tapi jangan laa melampau. sekarang macam dah memalukan budak tu. -__-"
huhu..cdih2 ;(
sebab dia memang patut..tapi cara dia terlalu kasar..agaknya dia dah frust sangat anak dia tak nak dengar cakap..
@~nsar~
hehe.. budak 2 mmng keteqag sungguh..
@Fatma Diyana MB.
2 la ksian kat anak 2.. takut mental dia down plak nnti mula la dia mmberontak..
@SYAFIQ TENGKU
sedey klu ank kita dibuat bgini.. huhu
@MOK
cara agak melampau.. munkin da berkali2 nasihat tp still dgi lagi.. 2 j k0t cara yang last patut diambil..