Bismillahirrahmanirrahim
Antara tips yang boleh diamalkan :
sumber: oyak.net
- 1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktupanas siang hari yang banyak wap sahaja.Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap lebih cepat danmembuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara.Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.
- 2. Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan) supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.
- 3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lagi banyak baki minyak dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
- 4. Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.
- 5. Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran lebihan.
- 6. Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palampencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
- 7. Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus). Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar.
- 8.Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak..
- 9. Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
- 10. Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.
- 11. Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dgn memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dgn pelbagai kerja.. misalnya balik kerja dari opis boleh singgah beli barang rumah kat memana berdekatan. So ujung minggu dah x perlu lagi nak kuar kereta lagi.. minyak pun save…
- 12. Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta.
- 13. Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk.. atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.
- 14. Tok sah merempit cilok sana sini.. Kalo boleh perlu bijak tekan pedal accelerator dengan berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawabersederhana tak yah laju-laju.. yang penting rileks dan steady saja.. Kalo nak racing gi masuk Sepang Circuit…
- 15. Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kete anda akan bertambah geseran dan perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih byk untuk bergerak.
- 16. Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak hour.. kalo KL biasanya pegi awal keje sebelum jalan utama sibuk. Sbb bila jem, makin kuat minyak habis terutamanya auto. Kalo bole guna kete manual.. bagi mereka yang nak jimatlah.. kalo auto ni mmg makan minyak daripada manual.
- 17. Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis … Tukar minyak pelincir mengikut jadual – selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan uga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Bab ini kene tanya mekanik yang lebih arif mengenai kereta anda.
- 18. Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk warming up kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.
- 19. Tip saya yang terakhir.. Tingkatkan pendapatan passive income anda…Sekiranya harga petrol naik 40%, ini bermakna anda perlu mencari pendapatan tambahan untuk penggunaan petrol kenderaan anda. Namun, jika anda sudah mulakan perniagaan sendiri, mempunyai passive income yang stable, maka ia tidak akan menjadi masalah di masa akan datang sekiranya harga petrol naik lagi
- 20. tambahan ibnushukran plak... desak kerajaan turunkan harga minyak.. kalau tak kita bakor je .. hehe
sumber: oyak.net
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa
oh nooo... i hate this
how come? asik naik jer
esok pakai keta guna bateri plak
jom kite gune tip yg ke 20 tu.... kite bako... kite bako... hehe...
~ beshh la tips2 ni... kene ikut nih... trime kaseh...
bagus-bagus. nanti nak bagitahu abah laa :DD
lemah btol dengar neyhh, adesss -___-
Maafkan Cik Bunga yerkk... !___!)
Mintak diri dulu, isk²... :(
kalau sis plak.. topup minyal full tank.. peh tu balik umah... letak bawah bumbung.. letak selimut kasi tebal2... tiga ari keja naik bas... hari keempat tengok.. waaa minyak manyak lagi looo... hehe
@Nur Misnan
2 la sis.. kte pakai bateri plak lpas ni.. buang je tank minyak 2.. haha
@akulahct
tips ke 20 tu mmng paling berkesan sy rasa... hehe
@Fatma Diyana MB.
bagitaw jgn x bagtaw... :D
@♥.::cintabunga™blogspot::.♥
kne kuatkan semgat untk mnghadapi krisis mnyak negara.. xley lemah2 cik bunga... :P
@~nsar~
hahaaha..
go0d idea la sis.. klu macam 2 smpi bila2 xhabis mnyak kan.. kita habiskan tangki minyak bas je la hari2.. hehe
nombor 20 tu..agak-agak government dengar ke desakan kite.macam tak je.. kesian parents2 ku.
kena hafal nie..wahahha..takderla..satu nnt hari nnt..kita takkan kesah dengan kenaikan harga minyak lagi
@wannurakmal
sbb 2 kita bak0r j, klu wat mogok bukan dorang nk dengar pun.. silap2 masuk ISA.. huhu
@mykhalis
haha.. time nk isi minyak kne tng0k note ni dlu en khalis, baru la jimat.. hehe..