Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Story by Ibnushukran
Tags: Info Islam
cantikan kejadian orang perempuan ni... tapi.. makin ramai pulak yang tak nampak.. yang senang-senang menurunkan martabat tu untuk kehidupan dunia..
contohilah pohon semalu..
like......
cik bunga pon pemalu gak neyhh, tak cy meh jumpe.. heheh, sumpah tak ckp! :D
Memang kejam pagi² da buat MAK marahhh!!! isk3...
i like~
harap wanita diluar sana membaca entri ini.. jadilah seperti pohon semalu
tapi sekarang wnaita yang persis pokok semalu makin pupus kan ?
susah nak cari wanita ibarat pohon semalu..sebab susah nak jadi seperti pohon semalu.. rasa macam tak mampu.
=(
it's not easy to be either a man or a woman. sebab tu ada yang sampai tersalah identiti. huhu..
mau jadi sepertinya
boleh di jadikan contoh rupanya pohon semalu ni..kalau utk lelaki pohon apa yg sesuai agaknya ye.. :)
@~nsar~
betul 2 sis nsar.. bgitu snng martabat dijatuhkan .. ke nk jadi pohon semalu kering.. huhu
@Nadia Mashuri
yup nadia..
contohilah pohon2 semalu y mmng bkait rapat ngn perwatkan wanita.. :)
@MuNiRaH
thanks munirah.. :D
@♥.::cintabunga™blogspot::.♥
betul ke cintabunga pemalu.. okay,sy terima.. hehe..
@kucarkacir
thanks kucarkacir.. :)
@khaifaiz
sy pun harapa mcm 2 jgk .. :)
@Fatma Diyana MB.
mmng ada sdikit y agak kurang mnjadi seperti semalu.. sy hrap masih bnyak lagi yang msih seperti pohon semalu.. :)
@misz farah
mmng susah nk mnjadi y terbaik farah.. tp kita x mustahil kan.. kita just berdoa dan cuba mnjadi y terbaik dan cuba menjdi seperti pohon semalu agar kita dapat mnjaga hati kita untuk mnjadi y terbaik.. insyaAllah.. :)
@Gimi
mmng itu yang septutnya gimi, insyaAllah gimi boleh. :)
@Mrs.Yie
itulah kak, smuanya ialah keindahan ciptaan Allah swt..
llki sy belum jumpa kak.. hehe
wah..InsyaAllah,sy akn sntiasa jadik mcm semalu tu..
@Cik Teddy
harap begitulah cik.. :D