14

Ulasan Syeikh Soleh: Kahwin Awal Ketika Belajar

Filled under : Info Islam


"Adapun jika dikatakan: Perkahwinan awal akan menyibukkan pelajar daripada menghasilkan ilmu dan belajar,pernyataan ini tidak boleh diterima bahkan yang sebetulnya adalah sebaliknya,


kerana selama mana perkahwinan itu akan memberikan kelebihan-kelebihan yang kami sebutkan di antaranya ketenangan dan ketenteraman, kestabilan jiwa dan pencerahan mata, 

maka ini antara perkara yang dapat membantu pelajar untuk mendapat ilmu kerana jika jiwanya stabil, fikirannya bersih daripada kerunsingan maka ini membantunya mendapat ilmu,

adapun jika tidak berkahwin maka inilah sebenarnya menghalang dia dengan apa yang dia kehendaki daripada mendapat ilmu kerana dia berada dalam keadaan fikiran yang terganggu, jiwa tidak stabil, tidak berupaya untuk menuntut ilmu,

tetapi jika dia berkahwin dan tenang fikirannya, stabil jiwanya, mendapat rumah yang boleh dia berlindung dalamnya,dan mempunyai isteri yang melunakkannya dan membantunya maka ini membantunya memperoleh ilmu,

maka perkahwinan awal jika dimudahkan Allah dan menjadi perkahwinan yang sesuai maka ini antara perkara yang memudahkan seorang pelajar menuju ke arah memperoleh ilmu bukan seperti mana yang digambarkan bahawa perkahwinan menghalangnya."

Ulasan oleh: Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan (Ahli Majlis Ulama Sedunia)

“Jika seorang hamba berkahwin, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya. Oleh karena itu, bertakwalah kepada Allah untuk menyempurnakan sebagian yang lainnya” — Hadith Riwayat Baihaqi




ibnushukran: 
sy setuju sangat dalam hal ini, bukan kerana perkara lain. Cuba kita lihat di dalam sudut positif, banyak perkara mungkar yang dapat dihindarkan dari berlaku. Di Malaysia ni sebenarnya dah menjadi satu tabiat dan adat apabila hendak berkahwin.. " isshh.. tunggu lah habis belajar dulu.. " . Sebenarnya Rasulullah sendiri dalam hadith yang saya pun tak ingat ada menyebut, apabila seorang sahabat meminta hendak bernikah, baginda meminta menyegerakan, berbeza dalam dunia sekarang kene tunggu habis belajar dulu baru boleh kahwin.. 

npe macam ni.. arrgghh.. emak nak kahwin sekarang,tp calon pun xde lagi.. hehe.. actually kahwin memberikan nikmat dan rezeki yang sangat banyak dari Allah swt kerana kita melakukan perkara yang asangat dituntut dalam Islam

Jom kita buat trend kahwin awal, bukan trend, just NIKAH DEMI MARUAH, elak dari pelbagai maksiat dan perkara mungkar, kt luar sana pun dah terjadi banyak perkara mungkar, apa salahnya kahwin awal, xde la kita buat perkara mungkar, ada isteri jaga kita.. woooww.. so sweet.. .. kan...kan.. hehe.. apa lagi jom ramai2 kita kahwin, bagi yang bujang je ye.. .. :D





Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Islam

14 comments

  1. Hans Hanis June 21, 2011 at 12:56 AM

    den calon pun tak ada lagi
    hehehehe
    doakan den bertemu calon nya secepat mungkin :-)

    Juvana Episod 9

    Best Blogger Tips
  2. AkuMuzikFilem June 21, 2011 at 1:10 AM

    slumber je saya kawin seminggu sebelum final exam. haha

    Best Blogger Tips
  3. Ibnushukran June 21, 2011 at 7:26 AM

    @Hans

    tula.. calon da ada, tp tu la kdang2 macam2 bnde jadi kan, orang lgk hebat da tempah kahwin dulu.. huhu..

    insyaAllah nnti ada la jodoh kita tu.. :)

    Best Blogger Tips
  4. Ibnushukran June 21, 2011 at 7:28 AM

    @AkuMuzikFilem

    waaahh.. hebat r bro.. respect2.. sy kene ikut cara abg, mana taw boleh score untuk final kali tu kan, seri da bertambah, jawab soklan pun senyum kan.. haha

    Best Blogger Tips
  5. Ruqaiyah Yusof June 24, 2011 at 2:56 AM

    wah, ibnushukran nak kawen dah? huhu..jangan lupe jemput~~huhu...
    ada je bbrpa org kwn2 kte ex-smkap dah kawen masa blajar, huhu..

    Best Blogger Tips
  6. Anonymous June 26, 2011 at 6:20 AM

    awak pon hebat.takdir dan jodoh di tgn Allah.berdoalah selalu.jika terbaik utk kita di sisinya. keep smiling :)

    Best Blogger Tips
  7. Ibnushukran June 26, 2011 at 12:49 PM

    @Ruqaiyah Hmy

    tu la ruqaiyah.. dah ada pun y dah kawin, teringin jgk kan.. huhu..
    insyaAllah nnti ada jodoh untuk kahwin ak jmput lah.. haha

    Best Blogger Tips
  8. Ibnushukran June 26, 2011 at 12:50 PM

    @Anonymous

    thanks anonymous.. bila awk cakp mcm ni,sy teringat smeone la.. huhu

    Best Blogger Tips
  9. Anonymous June 28, 2011 at 4:36 AM

    Sentiasa lah mintak petunjuk Dia utk awak dan si dia.yg panting istikharah.semoga Allah kurniakan jodih yg terbaik utk kita disisiNya.keep praying! :) fi amanillah

    Best Blogger Tips
  10. Ibnushukran June 28, 2011 at 2:06 PM

    @Anonymous

    sy rasa sy kenal awak anonymous.. insyaAllah, sy sntiasa mndoakan y terbaik untuk sy dan si dia.. :)

    Best Blogger Tips
  11. ain July 6, 2011 at 3:28 PM

    saya nak mintak pandangan ibnushukran. sy dan pasangan berumur 20thn. kami berniat untuk bernikah pada hujung tahun ini. keluarga dia dah setuju. saya belum lagi tanya dgn ibu bapa. saya takut mereka akan berkata 'belajar sampai abis baru la kawin'. satu lagi sebab, kakak dan abang sy yg dah bekerja pun belum kawin. sy sekarang tgh buntu. taktau mcm mana nak tanya dgn ibu bapa saya. sy harap ibnushukran boleh memberi pendapat.

    Best Blogger Tips
  12. Ibnushukran July 6, 2011 at 5:01 PM

    @ain

    sy just bagi pndapat, sy pun belum berkahwin.. huhu

    sy rasa hajat ain sgt bagus, sy mnyokong 110%, masalah ibubapa tak bersetuju mngkin ain sendiri kene bercakap dgn mereka, perempuan msih dlm hak sepnuhnya untk ibabapa selagi blum berkahwin, jadi perkara ni mesti dibncang dgn ibubapa.. ain cakap dulu dgn mereka dan mntak pndapat mereka, mntak dorang buat keputusan..

    ttng akak ngan abg blom berkhwin tu tak jadi masalh, jodoh semuanya ditangan Allah swt.. da ramai stdnt yang masih belajar dah berkahwin kan.. ibubpa msti faham akn masalh sosial skrang y sngt mmbimbangkan, buang anak dan sbgainya.. perkahwinan satu alternatif terbaik, nikah khitbah satu jalan bagi kita perlajar y blom mampu, pelajari konsep nikah khitbah dgn sbaiknya jika betul2 mau bernikah.. mntak pndapat ustaz2 dan terangkan kpd ibubapa ain dgn cara brhikmah.. insyaAllah klu ibubapa faham dgn keadaan sbnar, pasti mereka akn stuju..

    itu pndapat yg sy rasa molek..

    Best Blogger Tips
  13. ain July 10, 2011 at 12:33 AM

    terima kasih krn bagi pendapat. ain akan bincang dgn ibubapa ain dlu.

    Best Blogger Tips
  14. Hardy Boy June 14, 2012 at 11:19 AM

    Bagi pendapat saya pula,untuk lelaki/bakal suami kejarlah dulu cita-cita sebelum kejar cinta. Bukan susah pun, Habiskan Belajar Secepat Mungkin (kalau tempoh belajr 4 tahun, compress jadikan 3 tahun), Dapatkan Kerja Terbaik Cepat-Cepat, Kumpul Duit Secukupnya cepat-Cepat then Pinang la Bakal Isteri Cepat-Cepat, tak susah pun. Kalau Allah dah takdirkan itu jodoh kita, InsyaAllah takkan ke mana-mana. Menjadi seorang suami bermakna lelaki tersebut perlu memikul amanah yang cukup besar tau. Sekadar pendapat saya, maafkan saya jika tersilap.hehehehe


    Entry saya berkenaan tajuk ini >>>
    KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA
    Cinta : TIPS BERCINTA CARA ISLAM

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat