6

Harga terkini minyak Ron 97 naik RM 2.90

Filled under : Berita Semasa

Bermula tengah malam nanti jam 12.00, Harga Minyak RON 97 bakal Naik kepada RM 2.90. Itulah harga Terkini Minyak 'kelas pertama' di Malaysia. Peringatan kepada semua yang ingin mengisi minyak, perlulah mengisi sebelum tengah malam ini.

Inilah berita selanjutnya.

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.



Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan. Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97. 

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter. [SUMBER] 

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

6 comments

  1. Nadia Mashuri May 4, 2011 at 11:01 PM

    owh, naik lagi dan lagi..

    Best Blogger Tips
  2. Unknown May 4, 2011 at 11:23 PM

    haizzz. susah camni. orang tue kite mestti lagi merungut nnti kalo mintak dtg nk lawat/amek dr kampus. >,<

    Best Blogger Tips
  3. CikTeddyCorner May 5, 2011 at 4:22 PM

    wah..naik lagi..ayyoi!

    Best Blogger Tips
  4. Ibnushukran May 5, 2011 at 9:16 PM

    @Nadia Mashuri

    lagi dan lagi.. nnti jadi rutin mingguan plak naik harga minyak ni..

    Best Blogger Tips
  5. Ibnushukran May 5, 2011 at 9:16 PM

    @wannurakmal

    kne suru parents nek basikal la macam ni.. hehe

    Best Blogger Tips
  6. Ibnushukran May 5, 2011 at 9:17 PM

    @Cik Teddy

    haha.. sab0r je la cik.. ::D

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat