0

Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen 7 Okt 2011 - Najib

Filled under : Berita Semasa


PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2012, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Okt, 2011, adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.
Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, katanya.
Bajet 2012 akan dibentangkan 7 Okt ini.
“Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi kenyataan,” kata Perdana Menteri pada ucapan pembukaannya pada Perundingan Bajet 2012 di sini Selasa.
Najib berkata usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar.
“Kita perlu bangkit dan meyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Beliau berkata tumpuan adalah untuk melaksanakan usaha transformasi ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.
Tahun lepas kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. – BERNAMA[SUMBER]

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat