0

UEFA Champions League Final 2011: Barcelona vs Manchester United

Filled under : Info Sukan



Sekali lagi Manchester United dan Barcelona bertemu di pentas final UEFA  selepas pertembungan ketika final dua musim lepas. sy rasa ini merupakan perlawanan yang agak menarik meskipun kelihatan Man U mengalami musim yang kurang konsisten di liga domestik setelah tumpas di tangan Arsenal minggu lepas. Malam ini mereka akan bertemu musuh seteru Chelsea yang kembali mendapat rentak setelah hanya tecicir tiga mata di belakang peneraju Manchester United. 


Jika dilihat pada aksi Barcelona di La Liga, mereka mempunyai reputasi yang agak membanggakan setelah hanya mengalami dua kekalahan walaupun diekori rapat Real Madrid dengan perbezaan lima mata. Meskipun kalah di tangan Real Madrid di dalam final piala De La Red tempoh hari, barca dapat membalas dendam dengan menewaskan Real untuk layak ke final. Tapi piala tersebut sudahpun dilanggar bas mereka sendiri ketika sambutan di Madrid.. (menang xberkat ni)hehe..


Ditanya kepada sy yang mana pasukan pilihan, sy merupakan peminat kedua dua pasukan kerana jika di La Liga sy cukup meminati Barcelona, Barclays Premier League(BPL) sy menyokong Manchester United, dan jika di Serie A sy cukup meminati pasukan AC Milan. AC Milan semalam telah di umumkan sebagai juara si Serie A walaupun hanya mengalami seri di perlawanan terakhir. Ini merupakan kejuaraan ke-18 mereka di liga domestik.
Jadi sy tak tahu pasukan mana yang akan menang, yang pastinya antara dua pasukan sy ini akan dinobatkan sebagai Juara Eropah.. hehe


Nantikan perlawanan hebat 28 May 2011 ini.. Assalamualaikum..



Barcelona vs Manchester United
UEFA Champions League Final 2011
Saturday, 28 May 2011 19:00
Wembley Stadium
London
United Kingdom

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Sukan

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat