13

'JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT !'

Filled under : Info Kesihatan dan Pemakanan


"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.


Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.


Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

sumber: facebook


ibnushukran: badan kita pun perlu mendapat hak yang spatutnya kan, siang wat kerja teruk malam plak kene la kasi badan rehat sikit.. jangan jadi macam burung hantu, malam berjaga  siang ternganga.. haha.. cakap orang plak yek,diri sendiri x sedor.. hehehe.. (~_-)






Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Kesihatan dan Pemakanan

13 comments

  1. Fifieyqa May 23, 2011 at 10:12 AM

    Thanx for sharing!selame ni x penah pun nak amik kesah..

    Best Blogger Tips
  2. rafina mimi abdullah May 23, 2011 at 10:26 AM

    sbelum ni akak selalu tido lambat tp sejak dua tiga hri ni tido awal dah pasal tak dpt online blog wktu malam..giliran suami plak yg online blog wktu mlm..jadi skarang ni dptlah tido awal sikit sbb tak dpt nk jenguk blog dah..huhu..rupanya bahaya jugak ek kalau kita tido lambat ni..

    Best Blogger Tips
  3. ~nsar~ May 23, 2011 at 10:30 AM

    sis kul 9 tu dah ngantok tahap gaban.. haha.. memang fofular dikalangan memember sis kaki tidur awal... haha

    Best Blogger Tips
  4. fadwa daud May 23, 2011 at 11:12 AM

    alamak..kne latih diri tido awal lepas ni..ngee~ :D

    Best Blogger Tips
  5. CikTeddyCorner May 23, 2011 at 4:49 PM

    adoi..cik selalu x ambik sarapan..isk,kena ubah ni^_^
    thanks ibnu

    Best Blogger Tips
  6. fadzil June 8, 2011 at 6:27 AM

    macam mana plak kalau kita melakukan qiamullail? adakah ia akn affect kita punye sceintific process dlm badan? sedangkan itu adalah ibadah yg amat dianjurkan dalam Islam....

    Best Blogger Tips
  7. Ibnushukran June 8, 2011 at 1:15 PM

    @MiSz fiFiEyQa

    sama2 fieyqa.. :D

    Best Blogger Tips
  8. Ibnushukran June 8, 2011 at 1:16 PM

    @Mrs.Yie

    aah .. sy pun slama ni mmng xpernah ambk kisah sangat sal tido ni.. tak tahu info.. insyaAllah pasni kita berubah la.. hehe

    Best Blogger Tips
  9. Ibnushukran June 8, 2011 at 1:17 PM

    @~nsar~

    hehe.. macam 2 la bagus sis.. amlan sihat,nk bngun subuh pun snng.. :)

    Best Blogger Tips
  10. Ibnushukran June 8, 2011 at 1:17 PM

    @fadwa daud

    ayuh sama2 kita berlatih tido awal.. ehhe

    Best Blogger Tips
  11. Ibnushukran June 8, 2011 at 1:18 PM

    @Cik Teddy

    lec sy cakap sarapan mmng kene ambk berat, sbb bnyk tenaga y kita perlukan untuk ke tngahari.. klu makan tngahari bnyak nnti buat kta mngntuk.. so bersarapan la pagi2 tu.. :D

    Best Blogger Tips
  12. Ibnushukran June 8, 2011 at 1:20 PM

    @fadzil

    tu sy rasa tiada masalah.. kita qiam just seketika, dan kita kene tidur dahulu sblum qiam kan, so tak mnjadi msalah rasanya.. malah qiam mndatngkan tenaga kpd kita spnjang hari... :)

    Best Blogger Tips
  13. mamat June 25, 2011 at 11:05 AM

    qiam 2 menda?

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat