2

Himpunan 'Seribu Ibu Mengandung Membantah Loji Rare Earth' berjaya

Filled under : Berita Semasa


Program Himpunan Rakyat  ' Seribu Ibu Mengandung Bantah Loji Rare Earth '  yang diadakan di pantai Teluk Chempedak dekat sini hari ini berjaya biarpun ada pemantauan daripada pihak polis. Program yang bermula sekitar jam 6.00 petang itu berakhir beberapa jam kemudian tanpa ada sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku.

Edaran risalah, air mineral dan jualan T-Shirt bantah Lynas yang diuruskan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK Pahang) telah mendapat sambutan hangat dikalangan pengunjung pantai peranginan itu. Sekitar jam 6.30 petang Naib Presiden PKR, YB Tian Chua telah menyampaikan ucapan ringkas. Beliau beberapa kali menyatakan kehairanannya kenapa Kerajaan Malaysia boleh menerima projek berbahaya dan berisiko tinggi itu, sedangkan kerajaan Australia sendiri menghalang projek itu di negara mereka. 



Turut berucap ialah YB Fuziah Salleh yang tiba kemudian. Beliau turut mengedarkan sekuntum bunga rosa "hari ibu" kepada kaum Ibu yang berada di situ. Sekitar jam 6.45 petang, pihak polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, OCPD Tuan Jasmani Yusof telah mengarahkan orang ramai bersurai kerana perhimpunan itu tidak mempunyai permit.

Sedikit kekecohan berlaku sebelum ditenangkan oleh YB Fuziah. Pihak polis akhirnya membenarkan pengedaran risalah dan air mineral oleh AMK, kecuali tidak dibenarkan menjual baju T-Shirt "Stop Lynas, Save Malaysia". Biar pun diarahkan bersurai, orang ramai tidak berganjak dari lokasi tersebut. Malah, selepas jam 7.00 malam kelihatan semakin ramai yang hadir. 

Sementara itu, pihak polis terus berjaga-jaga dan memantau keadaan cuma mereka tidak menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan tersebut. Mungkin kerana lokasi berkenaan ialah tempat awam dan merupakan sebuah pantai peranginan serta pusat tumpunan pelancong. Apapun keadaan terkawal.[SUMBER] 


Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

2 comments

  1. Ms.ze May 9, 2011 at 2:00 AM

    aik?
    aku tak tahu pun ade perjumpaan nie..
    kalau tahu..
    mesti aku gi sambil bawak family aku..
    dok tepi pantai tengok diorg wat demonstrasi..

    Best Blogger Tips
  2. Ibnushukran May 9, 2011 at 7:50 AM

    rasanya bnde ni dorang ada wat page kt FB.. 2 y ramai j0in..

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat