1

Kritikal selepas melambung di udara seperti patung mainan.

Filled under : Berita Semasa

Menjadi satu detik yang bakal menghentikan jantungnya selamanya apabila badannya melambung di udara akibat dilanggar lari sebuah kereta ketika melintas jalan. 


Dale O'Malley yang dilanggar sebuah kereta Peugeut 206 lima pintu berwarna silver melambung ke atas sebelum badannya tersadai di atas jalan. Kejadian berlaku pada pukul 11.05pm hari ahad ketika O'Malley sedang melintas jalan di Wellington Road South.


O'Malley yang mengalami patah kaki dan tangan selain dari kecederaan kepala telah dihantar ke hospital Stepping Hill sejurus selepas kejadian dan menerima rawatan kecemasan hospital tersebut. Selepas menerima rawatan di hospital tersebut,O'Malley dimasukkan ke Hope Hospital kerana mengalami keadaan yang kritikal. 


Pihak polis di sana sedang menuggu laporan sekiranya ada sesiapa penduduk atau mekanik yang mendapat maklumat sekiranya pemandu kerete tersebut ada bertanya untuk membaiki keretanya.




keadaan O'Malley dibawah sedar selepas menjalani pembedahan otak yang serius





keadaan O'Malley yang teruk ditinggalkan begitu sahaja oleh pemandu kereta tersebut.

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

1 comments

  1. >Misz Farah..?< May 7, 2011 at 10:55 AM

    ouch! sakit.

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat