Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)
Nabi SAW bersabda maksudnya:
”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam” (HR Bukhari dan Muslim)
Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)
Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Ssesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk” (HR Ahmad & Abu Daud)
Nabi bersabda maksudnya :
"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)
sumber: tazkirah
macam ni la muka korang time marah.. macam adolf hitler kan.. hehe |
Story by Ibnushukran
Tags: Hadith Rasulullah saw , Info Islam
sedang belajar tahan marah. tq share
hahaha.. comey nya la hitler versi baby tu.. bukan senang nak tahan marah..
insyaallah setelah baca entry ni..sy cube nak tahan marah supaya sentiasa di limpahkan keamanan dan keimanan
@EZAN IDMA
sama ezan.. :)
@~nsar~
bukan snng nk tahan mara, tp ada caranya sis... hehe..
@ainol akasyah
insyaAllah aino.. moga dpermudahkan.. :D