2

Penduduk bawa ular ke pejabat Zambry

Filled under : Berita Semasa

IPOH, 19 MEI: Dukacita dengan kerajaan negeri Perak yang meremehkan masalah mereka, wakil penduduk Kampung DBI membawa seekor ular sawa ke pejabat Menteri Besar Zambry Kadir.

Tindakan itu untuk menyerlahkan masalah ular yang berkeliaran di perkampongan setinggan itu.

Seorang penduduk dilaporkan mati akibat dipatuk ular.

Mereka juga membantah kegagalan kerajaan Umno-BN gagal menunaikan janji untuk menawarkan lot perumahan baru yang dijanjikan 14 tahun lalu.

Penduduk terbabit merangkumi golongan berpendapatan rendah dan ramai antara mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berkeluarga besar.

Dihimpit dengan sara hidup tinggi, mereka juga berdepan dengan soal keselamatan kerana masalah ular yang berkeliaran bebas sekian lama.





Buntu dengan nasib diri, penduduk terbabit mengambil keputusan menangkap seekor ular sawa untuk diserahkan bersama surat aduan kepada pejabat Zambry pagi tadi.

Bagaimanapun mereka hanya berjaya menyerahkan surat aduan itu kepada Pegawai Khas Zambry, Zulkefli Abdullah manakala ular itu di ambil oleh sepasukan anggota bomba.

Penduduk mendakwa ular sering memasuki kawasan rumah mereka dan ramai daripada mereka menjadi mangsa patukan ular.

Penduduk kampung harap kerajaan negeri mengambil tindakan segera sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.

”Kita bawa ular sawa supaya Menteri Besar sendiri boleh tengok masalah macam mana yang kita hadapi,” kata wakil penduduk S. Subramaniam.
-tvsnews-









ibnushukran: haha.. penduduk suruh ambil tindakan, dorang tak endah.. kan dah dapat sekor ular.. adoii.. keselamatan penduduk di endahkan macam tu je, ingat ular tu macam pacat ke gigit berdarah macam tu je.. cuba dia plak dok kt kawasan ular tu, kasi belit ngan ular tu sikit.. mau menangis sorang2.. jadi, tolonglah prihatin sikit sbg pemimipin ,jgn ambil endah tak endah ngan nasib penduduk...

















Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

2 comments

  1. CikTeddyCorner May 20, 2011 at 3:09 PM

    wah..cik skong tindakan pnduduk kg tu..huhu
    tp kne la hati2 gak..kalau mnteri tu plak yg mninggal,sape nk dgr aduan dieorang pulak? kpd yg berkuasa,tlong la ambil tindakan..jgn janji tinggal janji..Allah marah^_^

    Best Blogger Tips
  2. Aila May 22, 2011 at 1:21 AM

    haha . hapynyer muke die :D
    pemimpin kite rmai yg bhgia sntiase :)

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat