Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa (10 Mei).
Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.
Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.
Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).
Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.
Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.
Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.[sumber]
ibnushukran: bulan 12 ni sape2 yang nk kawin mmng kene wat sirap tawar sikit la gamaknya.. hehe.. harga gula akan naik sikit demi sedikit..
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa
naik lg??ini boleh mendatangkan kemarahan..hehe
haha.. 20 sen 2 berharga kan kak.. marah jgn xmarah.. hehe
salam..
naik lagi...heheh
x lama lagi semuannya pun akan naik :p
asik naik jer..bertambah botak kepala den..
@Aidanatasya
2 la.. time harga minyak naik semua berang naik.. p klu harga minyak dunia turun, barang2 xde la plak nk turunnya..
@MOK
haha.. bertambah kusut kepala ...