11

Hukum Lelaki Memakai Gelang: Ustaz Azhar Idrus

Filled under : Info Islam

Ustaz Azhar Idrus: HUKUM LELAKI MEMAKAI GELANG

Fenomena pemakaian gelang, subang dan rantai leher bagi kaum lelaki di kalangan masyarakat kita sememangnya tidak dinafikan sehingga bermacam-macam jenis gelang, subang & rantai yang dipakai, sama ada ia daripada emas, perak, besi, tembaga, kayu, getah atau benang. Kalau gelang itu terdiri daripada besi atau terdiri daripada jenis logam tertentu ia biasanya dikaitkan dengan tujuan perubatan. Walau bagaimanapun ia mempunyai hukum tersendiri.

Pemakai-pemakai gelang, subang & rantai tersebut tidak mengira sama ada ia daripada golongan remaja, orang muda mahupun orang tua. Perkara pemakaian gelang, subang & rantai bagi kaum lelaki ini pada dasarnya tidak selari dengan apa yang telah ditetapkan dalam hukum syara‘. Seringkali kita melihat zaman sekarang tak kiralah tua muda yang kecik besar kadang-kadang baby lelaki pon dah pakai gelang dan rantai silver. Biasalah kan terikut peredaran zaman kononnya pakai gelang ni Nampak kiut n macho tapi apakah hukumnya..


Hukum lelaki memakai gelang

Kaum lelaki haram memakai gelang sekalipun bukan diperbuat daripada emas, sama ada ianya diperbuat daripada perak, besi, tembaga, kayu atau sebagainya. Ini kerana gelang itu adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan, seperti juga rantai atau subang.

Oleh yang demikian lelaki yang memakai gelang itu adalah perbuatan menyerupai perempuan. Hukum lelaki menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki sebagaimana hadits daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, katanya: Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadits di atas jelas menunjukkan bahawa Rasullullah Shallallahu ├álaihi wasallam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. Laknat bermaksud jauh dari rahmat, taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Berdasarkan hadits tersebut, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah berkata: “Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan antaranya ialah) dengan memakai perhiasan yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka seperti memakai gelang tangan, gelang kaki dan seumpama keduanya.”

Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata: “Dan daripada apa yang haram ialah gelang tangan dan gelang kaki untuk dipakai oleh orang lelaki dan orang khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina).” Maka jelaslah bahawa kaum lelaki haram memakai gelang kerana ia adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan. Akan tetapi, bagaimana pula dalam situasi tertentu seperti memakai gelang ketika majlis perkahwinan atau memakainya kerana tujuan perubatan?

Lelaki memakai gelang ketika Majlis Persandingan

Memakai gelang hukumnya adalah haram walaupun dipakai untuk majlis persandingan atau perkahwinan. Haram bagi pengantin lelaki memakai aksesori baju pengantin seperti gelang dan rantai walaupun ia bukan daripada emas. Perbuatan sedemikian bukan sahaja menyerupai perempuan bahkan ia tidak layak dengan keperkasaan seorang lelaki sepertimana yang dikatakan oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al- Anshari Rahimahullahu Ta‘ala: “Dan bagi kaum lelaki (dibolehkan) memakai cincin perak kerana mengikut sunnah dan ijma‘ (keharusannya), bahkan disunatkan bagi kaum lelaki (memakai cincin perak), bukan memakai gelang dan yang seumpamannya seperti dumluj (gelang yang dipakai di antara siku dengan bahu) dan kalung (rantai). Tidak halal bagi kaum lelaki (memakainya) sekalipun daripadam perak, kerana padanya ciri kewanitaan yang tidak layak dengan keperkasaan (kelakian) orang-orang lelaki.” Oleh itu jelaslah memakai gelang ketika majlis persandingan juga
tidak dibolehkan dan hukumnya haram.

Lelaki memakai gelang kerana tujuan perubatan

Adapun memakai gelang dengan tujuan semata-mata berubat dan ia memang betul-betul ubat, maka tiadalah mengapa kerana ada keperluan dan hajat. Dalam perkara ini, ia boleh dilihat sebagai satu keuzuran sebagaimana persoalan orang lelaki dibolehkan memakai inai kerana keuzuran. Sehubungan dengan ini Imam ar-Ramli Rahimahullah berkata: “Maka haram berinai ke atas keduanya (orang lelaki dan khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina) kecuali kerana ada keuzuran.” Imam Asy-Syibramalissi Rahimahullah pula menjelaskan, skop pengecualian yang dikatakan oleh imam Ramli Rahimahullah di atas ialah apabila tidak ada selain inai yang dapat menggantikannya untuk dijadikan ubat. Jelaslah hukum asal memakai gelang adalah tetap haram ke atas
lelaki kecuali ada keuzuran seperti tidak ada ubat lain yang boleh menggantikan gelang tersebut sebagai ubat untuk mengubati penyakit. Dalam makna tanpa ada keuzuran, ia tetap haram dan dilarang memakainya bagi lelaki dan khuntsa.
Apa yang penting ialah hendaklah memakai gelang itu dengan niat tujuan perubatan semata-mata dan ia memang betul-betul ubat, bukan dengan niat untuk bermegah-megah atau bergaya, maka yang demikian itu adalah haram. Apatah lagi dengan niat untuk bergaya semata-mata.





Kesan kaum lelaki memakai gelang, subang & rantai.

Sebagaimana yang dijelaskan, lelaki yang memakai gelang, subang & rantai adalah perbuatan menyerupai perempuan dan perbuatan menyerupai perempuan itu adalah perbuatan dosa besar. Orang yang seperti ini boleh dicap sebagai fasiq. Orang yang fasiq itu adalah orang yang melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Oleh yang demikian, lelaki yang memakai gelang akan memberi kesan terhadap kelayakannya untuk menjadi seorang saksi dan wali nikah. Kesaksiannya tidak akan diterima, begitu juga tidak sah dia menjadi wali nikah selagi tidak bertaubat dan menyesali perbuatannya. Sebab, salah satu daripada syarat saksi dan wali nikah itu hendaklah mempunyai sifat al-‘adalah iaitu tidak fasiq.

Oleh yang demikian, elakkan memakai gelang, subang & rantai sekalipun bagi tujuan berubat, kerana dalam tujuan berubat itu ditakuti tidak dapat memenuhi tuntutan maksud keuzuran yang dikehendaki itu...











ibnushukran: bagi sy sendiri pun melihat orng llki pakai gelang memang tak sedap mata memandng.. telah jelas hukumnya ialah HARAM sekiranya pakai dengan niat lain selain perubatan yang mana dalam kes tiada ubat lain selain gelang ubat tersebut... harap kita sama2 elakkan dari memakai sebarang gelang sekiranya tiada sebab yang dihalalkan...  













Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Islam

11 comments

  1. Nur Misnan June 9, 2011 at 5:52 PM

    zaman sekarang ramai benar
    pengantin lelaki memakai rantai perhiasan
    hmmmm.... kena ambil berat
    tentang hal ini...

    andaman make up dari seorang lelaki
    yang berpewatakan lembut
    juga hukumnya haram...

    Best Blogger Tips
  2. nazira June 9, 2011 at 8:09 PM

    perkongsian ilmu yang baik..thankz..

    Best Blogger Tips
  3. jojo March 25, 2012 at 10:20 AM

    Orang melayu bersanding dah macam hindu nampaknya.. wat majlis nampak baik padahal maksiat belaka.. kerana kita jahil..

    Best Blogger Tips
  4. Anonymous April 25, 2012 at 10:33 PM

    Salam . Ustaz kalau pakai gelang getah Power Balance .. blh tak ?http://www.google.com.my/imgres?q=power+balance&hl=en&biw=1024&bih=485&gbv=2&tbm=isch&tbnid=Ze_ciaZ4tTarKM:&imgrefurl=http://kochsports.com/powerbalancesiliconewristband.aspx&docid=kEt1UmgYGnqWeM&imgurl=http://kochsports.com/images/products/detail/SiliconePowerBalanceBlack.jpg&w=500&h=500&ei=-wqYT6XQHIy3rAeF0-3DAQ&zoom=1&iact=hc&vpx=511&vpy=149&dur=2133&hovh=225&hovw=225&tx=149&ty=153&sig=105181437321320208237&page=1&tbnh=131&tbnw=131&start=0&ndsp=11&ved=1t:429,r:3,s:0,i:138 . Apa hukumnya ?

    Best Blogger Tips
  5. Anonymous April 25, 2012 at 10:36 PM

    Salam . Ustaz apa hukum pakai gelang getah Power Balance ? Boleh tak ? http://www.google.com.my/imgres?q=power+balance&hl=en&biw=1024&bih=485&gbv=2&tbm=isch&tbnid=Ze_ciaZ4tTarKM:&imgrefurl=http://kochsports.com/powerbalancesiliconewristband.aspx&docid=kEt1UmgYGnqWeM&imgurl=http://kochsports.com/images/products/detail/SiliconePowerBalanceBlack.jpg&w=500&h=500&ei=-wqYT6XQHIy3rAeF0-3DAQ&zoom=1&iact=hc&vpx=511&vpy=149&dur=2133&hovh=225&hovw=225&tx=149&ty=153&sig=105181437321320208237&page=1&tbnh=131&tbnw=131&start=0&ndsp=11&ved=1t:429,r:3,s:0,i:138

    Best Blogger Tips
  6. Anonymous June 25, 2012 at 11:33 AM

    salam ustaz apakah hukum memakai disc rantai pengenalan diri bagi seorang anggota tentera?

    Best Blogger Tips
  7. Anonymous June 25, 2012 at 11:35 AM

    salam ustaz, apakah hukum memakai disc rantai pengenalan diri bagi seorang anggota tentera? mintak tolong balas balik ke email sy eiijitoru@yahoo.com untuk kepastian

    Best Blogger Tips
  8. nadhra July 2, 2012 at 10:59 PM

    Assalamualaikum ustaz..kalau cincin dperbuat dr stainless steel boleh tak??

    Best Blogger Tips
  9. Shabirin Sharom December 13, 2013 at 11:53 PM

    Lelaki boleh pakai gelang

    Best Blogger Tips
  10. Shabirin Sharom December 13, 2013 at 11:54 PM

    Lelaki boleh pakai gelang

    Best Blogger Tips
  11. Shabirin Sharom December 13, 2013 at 11:55 PM

    Maaf tersilap.lelaki boleh pakai cincin

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat