Dunia ni dah banyak terjadi pelbagai masalah yang juga melahirkan satu masalah di dalam sistem kekeluargaan mahupun kemasyarakatan. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan bagi membendung masalah-masalh tersebut. Saya mengambil contoh permasalahan yang berlaku dikalangan anak muda sekarang iaitu masalah buang bayi yang saya ini merupakan masalah sosial dan maksiat yang sangat besar.
Kalau kita melihat dari sudut yang agak besar, masalah ini merupakan masakah yang berkaitan dengan permasalahan yang agak banyak sebelum terjadinya buang bayi. Dengan pergaulan bebasnya, berpeluk-pelukannya, bercium-ciumannya, keluar sini sana, dan akhirnya menghasilkan masalah besar ini iaitu baung bayi. Jadi apa puncanya.. salah satunya ialah mungkin masalah lelaki dayus, sy just ingin berkongsikan maklumat Lelaki Dayus ini.. Jom kita baca maklumat yang sy dapat dari Cikteddycorner .
Perkataan dayus biasanya banyak disebut oleh kaum perempuan sebab 'dayus' itu sendiri ditujukan kepada kaum lelaki.Apakah sebenarnya dayus dalam Islam?
Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
seorang sahabat nabi bertanya: apakah dayus itu wahai Rasulullah?Jawab Nabi: Iaitu seseorang(lelaki) yang membiarkan kejahatan(zina,buka aurat,bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya(isteri dan keluarganya).
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus dalam bab dosa besar sehingga peernah disebut dalam satu athar-->Allah telah melaknat lelaki dayus(laknat bermakna dosa besar dan wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan di haramkan bergaul dengannya).
- membiarkan kecantikan aurat,bentuk tubuh isteri dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat(jika bekerja) atau diluar rumah.
- membiarkan isterinya pulang lewat kerumah yang tidak diketahui bersama dengan siapa,serta apa yang dilakukannya dan siapa yangmenghantarnya pulang.
- membiarkan anak peerempuannya 'berdating' dengan tunangnya atau lelaki bukan mahramnya.
- menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan atau isteri berpakaian seksi diluar rumah.
- membiarkan anak perempuannya memasuki rancangan hiburan dan sebagainya yang mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahramnya.
- membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain,kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah nafsu lelaki dihilangkan semasa berlakon?
- membiarkan isteri disentuh oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam spt menyelamatkan isteri daripada lemas n sebagainya.
- membiarkan isteri berdua-duaan dengan lelaki lain tanpa sebab musabah tanpa rasa cemburu.
- membawa isteri dan anak perempuannya untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor perempuan..
Story by Ibnushukran
Tags: Info Islam
Masya Allah... minta dijauhkan...
thanks for d good info
ramai lelaki yg tidak ambil tau hal2 begini...
Semuga kita terpelihara sebagai lelaki yang tidak dayus...
Pemerdagangan Orang
sungguh besar dan berat tanggungjawab seorang lelaki...tetapi ramai yang tidak sedar mengenai dayus ini...semoga kita dapat membimbing anak isteri kita ke jalan yang diredhai...
Salam
Sekarag ni memang ramai yang membiarkan isteri/adik/ibu tidak menutup aurat
hmmm itu yang banyak terjadi sekarang ni kan, terutama di kalangan artis tapi tak semua lah. tetap masih ada segelintir artis yang menjaga adab sopan dan nama baik suami. I'Allah sy akan perbaiki diri walaupun suami jarang menegur.
jemput baca korang muda2 ada menabung tak?
@sham
moga djaukan bersama.. :)
@Golden Rose
thanks.. :)
@zanafahmi/PB
betul2.. bnde ni tanpa kita sedar ada sikit2 dalam hidup kita sbnrnya,masa untuk berubah..
@Miecyber
insyaAllah..
@Khairil
moga kita dapat perlihara kaum keluarga kita dan dsamping itu mngelak kita dari mnjdi llki dayus..
@IMANSHAH
wasalam imanshah..
aah.. dosa itu kita turut kngsikan,bersama kita nasihat..
@leyzajamil
isteri juga wajib mmainkan peranan juga jika suami jarang mengur, itu fungsi perkahwinan, bahgia mngecapi kbhagiaan dunia ,hatta di akhirat kelak..