LONDON: Manusia akan menemui makhluk asing 20 tahun lagi. kata pakar astronomi terkemuka Russia, Andrei Finkelstein, kelmarin.
“Kehidupan wujud di planet lain dan kita akan menemuinya dalam tempoh 20 tahun," kata Finkelstein yang juga Pengarah Akademi Russia Sains Gunaan Institut Astronomi Bersekutu yang dipetik agensi berita Interfax.
Gambar hiasan |
“Mereka mungkin mempunyai warna kulit berlainan, tetapi kita juga seperti itu,” katanya.
Institut Finkelstein menjalankan program yang dilancarkan pada 1960 an ketika kemuncak perang dingin, mengejar untuk melihat dan menyalur keluar isyarat radio ke ruang angkasa lepas.
“Sepanjang masa kita mencari tamadun makhluk asing, kita menunggu mesej dari angkasa lepas dan bukan sebaliknya,” katanya. – Agensi
ibnushukran: macam2 la orang2 barat ni,, UFO la , makhluk asing la, apo la.. huhu.. wallahu a'lam.. sy pun tak bpe nk percaya sangat berita2 barat ni.. komen korang??...
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa
hurmm... susah nak percaya tapi mungkin ada kebenarannya jugak... apapun diorg ni sengaja momokkan kita dgn benda2 camni...
Haha..sy tggu n lihat je..kalau ade,ade la.. ;-)Haha..sy tggu n lihat je..kalau ade,ade la.. ;-)
@sham
aah.. dalam Al Quran pun tak disebut makhluk lain selain manusia dan jin serta haiwan dan lain2.. sy pun tak brapa pandai dlm ilmu hadith dan al-Quran.. wallahu a'lam..
@MiSz fiFiEyQa
klu ada macam mne.. haha