6

Review Drama dan Novel: Stanza Cinta TV3(synopsis dan trailer)

Filled under : Dunia Hiburan



Satu lagi drama yang diadaptasikan dari sebuah novel untuk santapan penonton di TV3. Novel yang dinukilankan oleh penulis muda berbakat besar Nurull Halawati ini telah diterjemahkan melalui sebuah drama yang akan berada di kaca tv anda pada setiap Ahad jam 9 malam di TV3. Anda boleh mendapatkan novel beliau di blog Nurull Halawati


ISBN: 978-983-097-244-2
PENULIS: Nurull Halawati
TEBAL: 408 halaman
HARGA: RM19.50/ RM21.50*
KOD: GB0070 [SUMBER] 








Watak watak dalam Stanza Cinta: 
Amni Sorfina (Nur Fathia) seorang guru agama, gadis lemah lembut dan penyayang, gadis yang tabah,  yang sedaya upaya menjadi insan solehah, tak lari dari dugaan hidup dan dilema, dapatkan Amni mengatasi semua tu.
Watak Irfan tunang Amni (lakonan Aaron Aziz) – Irfan sangat mencintai Amni dengan luhur dan ikhlas, pemuda yang baik, kacak dan kaya raya. Irfan kurang ilmu agama dan agak manja dan tidak pandai berdikari.
Watak Taufik (lakonan Fizz Fairuz: Taufik ialah cinta pertama Amni, dia agak alim dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama. Taufik telah berjaya menambat hati Amni.




Sinopsis Stanza Cinta dari novel :
Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia….tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.
Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah…apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”
Irfan Ikmal – “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang…namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya…namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”
Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku…dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”
Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.
Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?
“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina [SUMBER]  





Nak tahu dengan lebih lanjut apa kesudahannya... adakah cerita ni menyentuh hati, jantung serta paru-paru anda.. sama2 kita saksikan kehebatan hasil nukilan Nurull Halawati dan garapan pengarah Stanza Cinta ini di kaca TV anda setiap Ahad,9 malam.. saksikan Ahmad Seth Tan kembali!!!.. heehe








..

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Dunia Hiburan

6 comments

  1. Syazana Zainn June 19, 2011 at 10:29 PM

    best ke ?
    tak penah baca novel ni lg.
    huehue =D
    dah jadi ternd pulak buat drama adaptasi dr novel.hihi

    Best Blogger Tips
  2. nurmisnan June 19, 2011 at 10:31 PM

    aku tengok tadi,.. nakal betul seth..
    ehhhh silap.. irfan yg sengal...

    Best Blogger Tips
  3. AzwanRamli June 20, 2011 at 1:21 AM

    wow.... best der

    Best Blogger Tips
  4. Ibnushukran June 20, 2011 at 11:34 AM

    @schaze zainn

    baru je layan episod satu.. best gak r..

    Best Blogger Tips
  5. Ibnushukran June 20, 2011 at 11:34 AM

    @Nur Misnan

    aah.. irfan agak sengal gler.. best..

    Best Blogger Tips
  6. Ibnushukran June 20, 2011 at 11:35 AM

    @AzwanRamli

    episod satu da best.. bleh la layan cite ni plak..

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat