2

Menara Hotel Jam Diraja Makkah atau Abraj Al-Bait Merupakan Sentuhan Jurutera Malaysia!!!

Filled under : Info Islam


MAKKAH - Seharusnya Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Makkah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai sentuhan anak Malaysia.

Wan Nazri Wan Aria, 31, adalah jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.
Katanya, menara itu memerlukan keluli struktur ringan untuk menyokong jam gergasi itu dan di sini kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungjawab itu.

Uniknya, hasil kepakaran 14 tenaga mahir Premier Composite Technology itu juga terdiri daripada kumpulan anak muda dari Malaysia yang diberi tanggungjawab memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia yang datang ke sini untuk menunaikan haji dan umrah.
Dengan ketinggian 601 meter, ia merupakan menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara jam lain yang terkenal seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.


“Ia tiga kali lebih besar daripada Menara Big Ben di London,” kata pemuda kelahiran Melaka, yang menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Mara pada 2002 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Stuttgart, Jerman.
Nazri bersama beberapa jurutera Premier Composite Technology ditemui oleh kumpulan media Tabung Haji sedang menikmati teh tarik di Restoran Felda D’saji di Safwa Tower berhampiran Masjidil Haram di sini.

Katanya, beliau amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada tenaga pakar yang melakar sejarah di Makkah, apabila dibabitkan dalam kerja-kerja membina mercu tanda terbaru yang dapat membantu jemaah mengenal pasti kedudukan Masjidil Haram dari jauh, di tengah kota di tanah suci itu.
Jam gergasi yang dihias replika bulan sabit itu dikatakan boleh dilihat dari jarak sehingga 17 kilometer pada waktu malam dan 12 kilometer pada waktu siang, manakala cahaya daripada dua juta lampu LED yang berkelipan setiap kali azan berkumandang pula boleh dilihat dari jarak sehingga 28 kilometer pada waktu malam.

Selain itu 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan jam itu.
Sementara itu, Nazri berkata, menara jam yang dilaporkan bernilai AS$3 bilion itu dijangka siap sepenuhnya pada Februari tahun depan sebelum diserahkan kepada pemaju dan kontraktornya iaitu Kumpulan Binladin pada Mei, dan beliau kini bersama kumpulan pakar dari Premier Composite Technology itu berada di sini untuk memantau dan menyelia kerja-kerja akhir pembinaan menara jam itu. - Bernama





masyaAllah.. hebat sebenarnya anak jati Malaysia, yang juga orang Islam, mampu menjadi jurutera Muslim yang berjaya..




Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Islam

2 comments

  1. CikTeddyCorner October 17, 2011 at 5:00 PM

    wah..bangganya jadi rakyat Malaysia..

    Best Blogger Tips
  2. Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine October 17, 2011 at 11:42 PM

    malaysia boleh!!

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat