2

Review Filem: KL Gangster

Filled under : Dunia Hiburan

Yeeaahh.. 1.05 petang tadi berkesempatan juga menonton filem KL Gangster di Jusco Perda,Bukit Mertajam. Disebabkan hari ni kelas agak lengang dan lapang,so kawan-kawan ajaklah tengok cerita ni yang mula ditayangkan hari ini.


Pada pendapat sy cerita ni memang sangat best. Dengan memaparkan aksi dan effect camera yang sangat cantik memang memberikan kepuasan kepada penonton. Setiap aksi yang dipaparkan sangat berkesan dengan kehebatan setiap setiap watak yang dipegang antaranya ialah pelakon kegemaran sy Aaron aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof dan Zizan pun ada taw.


Keseluruhannya perwatakan masing-masing memang sangat berkesan. Permainan watak oleh Aaron Aziz sangat menjadi dan diselit lawak yang sangat best oleh Zizan yang membuatkan satu penggung gelak. Perwatakan antagonis yang dimainkan pelakon terutamanya Adi Putra memang sangat berkesan dan menjadi.

Di dalam filem ini juga memaparkan sedikit nilai murni yang boleh dijadikan iktibar. Serta sedikit pengajaran yang diserapkan pengarah agar menjadi satu contoh bagi penonton. Diantaranya ialah ketaatan kepada ibunya setelah dia membuat kesalahan yang amat besar sehingga merosakkan kebahagian keluarga. Yang keduanya ialah menjaga hak dan pelihara adik beradik dari melakukan kesilapan yang sama dibuat oleh watak utama.


Memang tak rugi korang beli tiket untuk cerita ini. Tahniah kepada Syamsul yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan cerita yang best ni.
Rating filem ini sy bagi 4/5 bintang.




Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Dunia Hiburan

2 comments

  1. Abang Long June 9, 2011 at 6:13 PM

    Salam...tengok trailer cam mengancam. Belum ada peluang lg utk nonton. Tgh tunggu filem Transformer baru gak nih..

    http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/aku-masak-mee-bandung.html

    Best Blogger Tips
  2. Ibnushukran June 9, 2011 at 7:43 PM

    @Abang Long

    mmng mngancam pun abg long.. terbaik dr ladang... haaha.. transformer dengar2 pun mmng gempak,mmng pecah pnggung jgk la..

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat