3

Al-Fatihah: Zami Ismail(Pak Uda) kembali ke rahmatullah

Filled under : Berita Semasa , Dunia Hiburan


KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Zami Ismail ataupun dikenali dengan gelaran Pak Uda menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara sekitar jam 10.15 pagi ini.
Sebab kematian Allahyarham yang berusia 67 tahun ialah serangan jantung.

Sebelum ini, Pak Uda yang mula mencipta nama menerusi drama komedi, Pi Mai Pi Mai Tang Tu dilaporkan  koma di wad kecemasan Hospital Selayang.
Allahyarham juga menghidapi penyakit asma dan bronkitis.
Allahyarham mula bergiat aktif di dalam bidang seni pada tahun 1980-an.
Selain Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Allahyarham berlakon dalam banyak drama, filem dan teater antaranya ialah Hantu Kak Limah Balik Tumah, Salam Pantai Timur, Teater Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu, filem Dunia Baru The Movie dan terbaru, Shh…Dia Datang arahan Saiful Apek yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Membintangi hampir 17 filem dan puluhan drama tempatan, Allahyarham pernah dinobatkan Pelakon Komedi Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) melalui filem Mat Som. [SUMBER]  



ibnushukran: al fatihah buat arwah.. semoga roh beliau ditempatkan sedarjat dengan roh orang-orang yang beriman, insyaAllah..





Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa , Dunia Hiburan

3 comments

  1. Fifieyqa June 19, 2011 at 2:03 PM

    Al-fatihah...tinggal kenangan...

    Best Blogger Tips
  2. Anonymous June 19, 2011 at 11:06 PM

    takziah...al fatihah...

    Best Blogger Tips
  3. Iman Shahirah June 22, 2011 at 4:52 PM

    hari tu baru je tengok cerita Tanah Kubur dekat astro oasis... citer tu pun tunjuk yg dia dah meninggal..
    tak sangka jadi betul2......
    :'(

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat