PRESIDEN kelab Santos, Luis Alvaro de Oliveira Ribeiro mengesahkan lima kelab Eropah bersetuju mengaktifkan syarat pelepasan bernilai 45 juta euro (RM196 juta) yang terkandung dalam kontrak bintang muda sensasi Brazil, Neymar.
Biarpun tidak dinyatakan oleh Ribeiro, lima kelab tersebut adalah Real Madrid, Barcelona, Chelsea, Manchester City.
Turut mengejut sebuah kelab Rusia, Anzhi Makhachkala juga dilaporkan cuba mendapatkan Neymar.
Berikutan itu, kesemua kelab terbabit dibenarkan bertemu dan berunding dengan Neymar.
“Kami tidak mahu menjualkan Neymar, tetapi sudah pasti kami perlu menghormati perjanjian kontrak kerana syarat pelepasan dalam kontraknya telah diaktifkan.
“Lima kelab Eropah membuat tawaran yang menyamai nilai syarat dalam kontrak. Saya tidak boleh menamakan kelab tersebut.
“Cuma saya boleh beritahu kesemuanya merupakan kelab terkemuka Eropah.
“Mereka meminta kebenaran untuk berunding dengan pemain itu dan pastinya kami izinkan mereka berbuat demikian,” katanya kepada ESPN Brasil.
Ribeiro menambah: “Kelab-kelab berkenaan menunjukkan tingkah laku beretika. Mereka datang kepada Santos terlebih dahulu dan sanggup membayar nilai syarat yang terkandung dalam kontrak.
“Dengan pendekatan beretika itu, maka mereka boleh bercakap dengan sesiapa sahaja, bapa Neymar, (ejen) Wagner Ribeiro dan sesiapa saja yang mewakili Neymar.”
Chelsea pernah dikecewakan beberapa kali dalam cubaan membida pemain itu pada musim panas lalu, sebelum pemain berusia 19 tahun itu menandatangani kontrak jangka panjang bersama Santos.
Ribeiro menambah: “Tahun lalu, sikap Chelsea tidak boleh diterima. Mereka mendekati wakil Neymar terlebih dahulu.”
Kenyataan Ribeiro semalam agak mengejutkan kerana ia hadir sehari selepas dia sendiri menyatakan bahawa Neymar mahu menjadi pemain terbaik dunia tanpa perlu meninggalkan Brazil.
Namun, dia kekal optimis penyerang berbisa itu akan memilih menetap di Santos pada akhirnya.
“Sesiapa saja boleh datang mengemukakan tawaran, selagi niatnya mahu kekal bersama kami maka dia akan bercakap tidak kepada tawaran tersebut dan terus menetap di Santos,” jelasnya. [SUMBER]
ibnushukran: wahh.. hebat betul pemain muda Brazil, Brazil tak perbah sunyi dengan player2 hebat dorang.. setiap generasi mesti ada melahirkan pemain-pemain hebat.. tngok je la trio lama 3R Ronaldo, Rivaldo, Ronaldinho.. dengan Kaka, Robinho dan mmng ramai lagi la.. apa-apa pun memang tak sabar nak tengok misim baru ni start.. mesti gempak cos ramai player akan berpindah.. so, nantikan kemunculan sy di kelab baru sy untuk musim 2011/2012.. cehh.. hahaha..
Story by Ibnushukran
Tags: Info Sukan
ko main bola jugak ke?hehe..kebutulan aku ni manager kelab.. nak kna tinjau harga berapa nak beli camni..hehe
@mykhalis
main r bang.. sy ngn bola ibarat biji mata dengan kelopak mata, tak dapat dipisahkan,lgi2 time tido.. haha..