Assalamualaikum semua
selamat pagi .. :)
Semalam pihak berkuasa sekali lagi menyerbu pusat pelacuran. Dengar pihak kerajaan nak membina ataupun mewujudkan hiburan malam atau kelab malam sebagai satu punca kewangan utama negara kita. Perkara inilah sebenarnya menyumbangkan salah laku atau manusia yang kurang agama dan tidak boleh mengenal haram dan halal. Pelacuran bukan saje warga asing, rakyat kita sendiri juga banyak yang terjebak dengan pekerjaan kotor ini. Islam tidak pernah menganjurkan pekerjaan seperti ini, jika teringin sangat nak bersetubuh atau sebagainya, terdapat cara yang halal iaitu berkahwin. Dalam Islam dah ditunjuk bagi orang yang sunat,halal,haram,makruh dan harus untk berkahwin. Jika rasa diri kita di tahap yang wajib berkahwin iaitu orang yang dikhuatiri melakukan zina, mampu dari segi kewangan ,mahar, nfkah dan tidak berniat menganiayai isteri maka berkahwinlah segera.. InsyaAllah kita akan berjaya dunia akhirat.. :)
Berita Penuh :
Ini dikesan apabila terdapat segelintir pelacur yang menggunakan papan bekas runtuhan di dalam premis terbiar itu sebagai alas untuk aktiviti seksual setelah memperoleh pelanggan di tepi-tepi jalan.
Modus operandi terbaru itu dikesan dalam operasi bersepadu antara penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama lima agensi kerajaan lain.
Agensi lain yang terlibat adalah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Ketua Operasi DBKL, Minhad Ahmad berkata, operasi bermula pukul 12 tengah hari di beberapa premis bangunan di Jalan Thambipillay dan Jalan Petaling.
Menurutnya, dalam operasi yang melibatkan 120 anggota dan pegawai di Jalan Thambipillay, lapan premis yang masih aktif daripada 15 premis yang dikesan pada tahun lalu telah diperiksa.
"Kami mendapati terdapat sejumlah 185 bilik yang telah dibina semula selepas kami pernah merobohkan 539 bilik pada tahun lalu.
"Berikutan itu, DBKL terpaksa merobohkan semula semua bilik yang dibina secara ala kadar ini," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini hari ini.
Tambahnya, pada operasi yang sama, TNB dan Syabas turut memotong bekalan elektrik dan air ke premis tersebut.
Minhad memberitahu, usaha pihak berkuasa untuk menghapuskan kegiatan pelacuran di situ dihalang oleh beberapa faktor seperti pemilik premis yang dikesan tinggal di luar negara.
"Kegiatan pelacuran didapati kembali aktif selepas serbuan kerana terdapat permintaan pelanggan. Pelacur akan kembali menjalankan kegiatan seksual walaupun hanya beralaskan papan," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, DBKL akan mengadakan operasi seumpama itu setiap dua minggu selain meletakkan beberapa anggota penguat kuasanya untuk berkawal.
Jelasnya, anggota DBKL yang ditempatkan di Jalan Thambipillay akan menghantar laporan setiap hari dan operasi selanjutnya akan dibuat berdasarkan laporan tersebut.
Dalam operasi di Jalan Petaling, Minhad berkata, seramai enam wanita dipercayai pelacur ditahan bersama dua lelaki yang disyaki penjaga premis.
Katanya, bilik-bilik di dalam tiga premis yang dikesan di situ akan diruntuhkan selepas ini.
sumber : Utusan Malaysia
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa
kat chowkit tu banyak lorong2 gelap macam lorong haji taib...tp kenapa xkena serbu?
2 y kita xpaham, xkan 'kerajaan' kita membenarkan semua kegiatan kt sana.. atau tmpat 2 dapat perlesenan halal untk beroperasi??.. atau pihak berkuasa xberani serbu tmpat 2 atas sbb tmpat 2 milik krajaan??.. ntah ler... hehe
salam..
sekalung tahniah kpd pihak DBKL...harus terus menerus benteras kegiatan yg tak bermoral ni..
wasalam.. btul 2.. harap dorang istiqamah dalam mlkukan tnggungjwab mreka.. :)