Tertuduh berusia 45 tahun dari Kampung Razali, Batu 4, Jalan Gambang, di sini dihukum penjara empat tahun selepas mengaku salah di Mahkamah Seksyen 2 atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap anak perempuannya berusia 11 tahun, di sebuah rumah di Kampung Jaya Gading, di sini, pada 2009.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan sebatan. Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman terbabit selepas mengambil kira kesan kepada kanak-kanak berkenaan, selain kepentingan awam. Pendakwaan kes dilakukan Hidayatul Syuhada Shamsudin.
Tertuduh yang kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 1, mengaku salah atas tuduhan merogol anak jirannya berusia 11 tahun di kawasan semak berhampiran jambatan Kampung Seri Damai, di sini antara jam 1.30 petang hingga 2.30 petang, pada 26 Mei lalu. Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Hakim Noradidah Ahmad kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan tersebut.
[Mengikut fakta kes, tertuduh mengambil kanak-kanak terbabit pulang dari sekolah dan dalam perjalanan pulang ke rumah, tertuduh mengubah laluan dan membawa mangsa ke kawasan semak di Kampung Seri Damaisebelum merogolnya. Tertuduh turut memberikan mangsa sedikit duit dan mengarahkannya tidak memberitahu kejadian yang berlaku kepada orang lain. Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kejadian menimpanya kepada keluarga sebelum tertuduh ditahan pada 8 Jun lalu. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan perlu menyara keluarga yang ramai serta berjanji tidak ulangi perbuatan sama.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullahmemohon hukuman berat dijatuhkan kepada tertuduh untuk pengajaran.].
sumber: Pahang Daily
ibnushukran: masyaAllah.. takut jgk la, semua nk jadi macam ikan haruan yang memakan anak sendiri, itu haiwan yang diciptakan Allah swt tanpa akal kpd mereka. Kita manusia dikurniakan dengan sebaik-baiknya akal dan fikiran, kenapa gunakan dengan berdasarkan nafsu semata-mata. Habis dengan anak sendiri ngan jiran anak pun jadi mangsa, semoga si pelaku mngambil iktibar dari hukuman yang dikenakan walaupun masih sangat belum setimpal bagi pesalah...
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa
teruknyer..minta-minta dijauhkan kita semua dari orang yang sebegini..
ya ALLAH...setan2 macam patutnya kena bagi hukuman yang lebih ganas macam rejam or sula...kesian sgt budak2 tu...apa akan jadi pada masa depan dia...ada bini 4 pun still nak cari yang haram
gi. ler. da la kawen 4, still x ley control nafsu tu. mmg sengal. ptot hukum berat bg dye BETOL-BETOL SEDAR. ske2 je nk rogol ank orang laen. eeeeeeeeeeeeee................
sangat seram..
bila nafsu menguasai..
isk..knpe dunia smakin kejam?maaf,silap..dunia x kejam tp penghuninya mnyebabkan dunia jd mcm tu..
hukuman penjara tuh ok sudah
tapi sebatan tuh tak memadai..
sepatutnya kerajaan menukar hukuman sebatan
lebih dari 40 sebatan kepada perogol
bawah umur...
sedih hukuman dijatuhkan sebatan terlalu ringan....
melampau betol lahhh.
marah betol aku kalau isu mcm ni..
baik mati jelah kn dari wat jahat
kat org..grrrr..mcm nk kene cepuk je..
;D
p/s sori der tak leh selalu on9 sgt grrr
@iduraz
itu la... moga djauhkan jg sikap sebgini..
@Golden Rose
kesiaan kt budak y mnjadi mangsa.. bini da empat,pun xcukup.. mmng hukuman sptutnya lgi berat..
@Nadia Mashuri
bila nfsu mnguasai ni la hasil dia.. da mula jadi bnatang.. moga dijauhkan dari sikap manusia macam ni..
@Cik Teddy
manusia y mngikut nafsu jdinya mcam ni la, dasarnya ialah ilmu.. ilmu xde, jadilah binatang yang tak berakal..
@Nur Misnan
bagi sy ,rejam sptutnya dikenakan.. hukuman seperti zina bagi muhsan.. bagi dia tahu azab sebenarnya..
@Far8 budak baik
ni klu ada peluang bagi hukuman rejam ditempat awam,mmng aku pun nk ambik ksempatan nk rejam llki ni.. nagi dia rasa balasan dari perbuatan hina dia tu..