14

Patut ke JPJ buat macam ni kt rakyat Malaysia??..

Filled under : Others

Assalamualaikum.

Patut ke JPJ buat macam ni kt rakyat Malaysia??.. adooii.. 

Sebenarnya tajuk tu saje je nak wat gempak skit..haahha..
Cite dia macam ni sebenarnya:

Di waktu pagi yang hening, lepas habis kelas Thermodynamics di kampus kawan2 ajaklah g makan roti canai kt satu kedai dekat dengan Bank Islam Perda, Bukit Mertajam. Kebetulan plak jalan ke kedai 2 ada wat roadblock, macam biasa lah panik 2 xde la sbb selama ni motor ni clean je.. Alhamdulillah.. hehe 

so brader JPJ ni mntak la roadtax, ic dan lesen memandu, pastu dia pelik la npe lesen memandu aku warna biru , sepatutnya warna kuning,so dia col jabtan untuk sahkan.. yeahh!!.. mmng aku tahu aku di jalan yang benar..



Lantas aku nak pergi la kan.. pastu dia cakap sy tetap nak saman awak sbb no plat kecik sangat.. adooii... mula2 mmng dia da cakap time dia tahan aku, dia cakap" lawa plat".. time firasat aku dah mngatakan "masaklah aku lepas ni aku".. pastu borak2 la ngan dia, dia cakap ni bukan surat saman,just surat checking JPJ, dalam tempoh 10 hari aku kne pergi jabatan untuk cek plat aku semula lepas aku tukar plat dibenarkan.

lepas kene terus tukar yang baru... ni dia..


sebelum


 selepas
cukup besar tak.. 

 sebelum


selepas
no plat masa mula2 beli moto dulu.. terpaksa guna blik,nasib bek x buang lagi..



Antara modifikasi motorsikal yang tidak dibenarkan JPJ

1.Pemasangan Ekzos
Pemasangan ekzos motorsikal hendaklah ikut spec yang dibenarkan..Tidak boleh ubah suai silancer, atau tabung ekzos..Bunyi ekzos yang bising memekak telinga .terutama skali yang bunyi letup-letup sampai keluar api-api macam nak berperang.ade plak yang pipe dia mencanak mendongak kelangit.. Ade plak sekarang ni modifide masuk ekzos kereta kat motorsikal..Ade plak double ekzos macam superbike tapi kapcai jer.. Tapi kalo nak try pakai jugak..buat ujian di jabatan Alam Sekitar dan pengesahan puspakom..rasanya memang tak leh lepas la..tp ekzos yoshimura made in japan yg mahal tu mungkin bleh lepas, kalau korang boleh dapatkan surat dari Puspakom..Cubalah korang mintak...

2.Pemasangan Coverset
Penukaran coverset dibolehkan, diluluskan dan tidak perlu surat kebenaran JPJ.Tetapi Coverset yang ditukar perlulah tidak mengubah ciri-ciri dan bentuk asal motorsikal tersebut..Jangan kita sendiri tengok sampai tak kenal dan cam motorsikal.. jauh sangat lari dari bentuk asal..,kalau nak ikutkan spac warna kena sama dalam geran..kalo standet warna Oren,coverset yang nak tukar tu mesti ada dominan warna oren jugak la..jangan hilang trus warna oren ..

3.Pemasangan Footrest
Pemasangan footrest adalah dibenarkan..tak kira la brand RB ke..X1R ke..yoshimura ke..pakai je..tak salah..diluluskan dan tidak perlu dapatkan kebenaran JPJ.Setakat ni rasanyer de masalah rasanya kalau pakai footrest racing ni. polis tak tahan punye. kalau tahan pon maybe dorang nak tengok je kot. ye lahhh diorang jakun sikit tengok benda-benda pelik cam ni...

4.Pemasangan Brake Disk
Pemasangan disc brake belakang adalah dibenarkan..tidak perlu kelulusan JPJ..pastikan disc yang dipakai tidak besar gaban dari size disc belakang 125z. ape-apa pattern pun tak pe..tak kisah lahh.. Cuma mungkin ade keburukan penggunaan modified brake disc ni..kalau modfide pakai disc brek belakang, memang brek belakang susah nak pakai tak berapa cengkam bila brake emergency mesti telajak.tekan-tekan pedal brake pun tak mau berhenti..kadang tu bila tekan melekat sangat plak sampai membuang belakang..

5.Pemasangan Lampu Berwarna
Penggunaan lampu berwarna (contohnya lampu warna biru/hijau/ungu/merah) di bahagian hadapan terutama jenis projector xenon punya..Pasalnyer cahaya dipancar amat silau yang sungguh terang-benderang, yang berwarna putih-pelepah sehingga menyakitkan mata kita itu, itulah kononnya lampu xenon, bila selisih jalan ngan orang guna lampu jenis ni naik pedih mata bila bertentang dengan cahaya lampu jenis ni.Lampu berwarna juga tak dibenarkan termasuk lah pada lampu kecil bawah signal .sila gunakan warna lampu standet mcm lampu besar..hanya lampu merah dibenarkan di bahagian belakang untuk lampu brek.. Lampu signal pula mestilah berwarna oren.Tetapi malangnya, pemandu-pemandu sekarang main pasang saja.Ada kuning, merah, biru dan apa-apa saja lampu yang mereka minati.

6.Penggunaan aksesori tambahan
Lain-lain tambahan aksesori tu dibenarkan asalkan tidak mengubah rupa asal dan ciri-ciri bentuk asal motorsikal tersebut.. dan diharapkan tidak membawa kepada merbahaya bila menunggang.. Cuma nak nampak cantik ajer kan...

7.Pengubahsuaian Enjin dan CDI
Apa yang anda mahukan? Kuasa? Kelajuan maksimum? Atau keterujaan? Sebarang pengubahsuaian yang boleh menambahkan kelajuan asal ( modified enjin dan bahagian lain) biar lebih power adalah menjadi kesalahan disisi undang-undangJPJ...nanti Tak pasal-pasal kena sita pulak motor. Modifikasi sederhana seperti menukar CDI atau roler motor skuter kepada spesifikasi yang lebih baik supaya motor anda mempunyai kuasa tambahan yang berpatutan.sikit-sikit tu mungkin boleh kut..Tapi setengah tempat.. traffic tak benarkan tukar CDI standert ke CDI lain lahh... Modifikasi berat seperti menukar blok enjin motor anda yang telah rosak kepada blok enjin lebih baik. Ini memerlukan pengesahan dan kelulusan pihak penguasa terutama JPJ. Nombor enjin ketuk lagi lah salah siap kena sita lagi... boleh tidor dalam lokap lagi...

8.Pengubahsuaian Saiz Rim dan Tayar
pengubahsuaian saiz rim dan tayar dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan. maksudnya..jgn la terlalu kecil atau terlalu besar yang mana membahayakan penunggang itu sndiri. Di benarkan menukar rim biasa kepada rim sport atau menukar tayar betiub kepada tayar tanpa tiub...Jangan guna tayar sotong.Kalau tak silap tayar sotong ni dah tidak dibenarkan lagi penggunaannya oleh kerajaan kerana banyak keburukan dari kebaikan .Bayangkanlah di mana kuasa untuk kita membrek dengan tayar sotong?Sedangkan permukaan tayar yang menyentuh jalan amat sedikit sekali.Andai berlaku brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.Lagi satu penggunaan tayar bersaiz kecil akan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita.Cuma sotong ni adalahh sikit kebaikan: ringan , kecik & tayar putung air dan yang jelas lebih banyak keburukan: mudah pancit & layan corner bulih terbabas terusss pi lungkang...so sapa-sapa yg pakai tyr jenis ni pikirkan-pikir la.

9.Penggunaan Nombor Plat
Nombor Plat bukanlah untuk tujuan fancy atau kelihatan cantik.Nombor plat hendaklah dipamerkan di hadapan dan belakang kenderaan bermotor tersebut dalam kedudukan menegak pada plat segi empat, tulisan tak leh rapat-rapat,sampai hampir nak bercantum, tulisan jelas dan terang boleh dibaca.. papan plat hendaklah warna hitam dan tulisan putih.. tidak memantulkan cahaya, tulisan hendaklah dibuat timbul.. lagi satu kalau nombor tulisan tu kalau tanggal, hilang, tercabut atau patah pun boleh kena saman wo...

10.Penggunaan side mirror dan cover rantai
Tak ade side mirror kat motorsikal .. terang-terang salah.. Tapi sekarang ni ade yang jenis side mirror boleh lipat-lipat… kalau dah terlipat tak pakai memang ler kena saman, sama mcm tak pakai sidemirror tu. Lagi satu penutup cover rantai kalau tak pasang mesti korang kena saman punya lah.. bahaya kalau tak pakai mau kaki masuk dan tersepit celah rantai...

Ibnushukran: 
apa-apa pun dalam hidup ni mesti ada peraturan, mana yang baik kita ikut, yang buruk kita tegah.. 
Islam menyarankan kita mengikut peraturan bersandarkan sabda baginda Rasulullah saw :

"aku telah meninggalkan kalian dua perkara, yang jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat:kitab Allah dan sunnah nabiNya"

hadith yang lain:

Rasulullah SAW didalam hadis nya bersabda:-
“Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengenai kamu semua ialah 2 perkara iaitu,mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan.Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia”.



okay, selamat beramal.. Assalamualaikum.

p/s: tukar no plat klu xnak kene saman.. hehe.. 

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Others

14 comments

  1. Abang Long April 13, 2011 at 2:18 PM

    Salam...tanggungjawab JPJ sebenarnya utk memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa di tahap yg baik. Undang2 dibuat utk kebaikan rakyat. Perlaksanaan undang2 pula dilakukan oleh Polis dgn kerjasama JPJ sendiri.

    Skrg cuba kita fikir samada tindakan2 sesetengah pegawai JPJ mencerminkan sikap mementingkan keselamatan pengguna atau tidak?

    Ada di antara mereka yg hanya mencari kesalahan segelintir pengguna tetapi menutup sebelah mata untuk segelintir yg lain.

    So...hidup JPJ...hehehe

    Best Blogger Tips
  2. PUTRI NADIA ADDNAN April 13, 2011 at 2:24 PM

    wahh nice inf o cek , sukasukasuka

    Best Blogger Tips
  3. Ibnushukran April 13, 2011 at 2:40 PM

    @Abang Long

    ye.. hidup JPJ.. hehe

    betul 2 abang long.. semuanya ada hikmah, semuanya untk mnjaga keselamatan kita..
    p psal no plat kecik x stuju.. kih3

    Best Blogger Tips
  4. Ibnushukran April 13, 2011 at 2:40 PM

    @PutRi_nAdiA

    yeke.. hehe
    Thanks putri.. :)

    Best Blogger Tips
  5. FD. April 13, 2011 at 3:46 PM

    CCQ ? orang pahang ke ? hehe.

    Best Blogger Tips
  6. >Misz Farah..?< April 13, 2011 at 4:11 PM

    alhamdulillah la x kne saman, juz surat checking from our dearest jpj. praise to Allah for that. hehe..

    Best Blogger Tips
  7. Ibnushukran April 13, 2011 at 5:43 PM

    @Fatma Diyana MB.

    aahh.. sy mmng orang pahang.. pahang sejati lagk 2.. hehe.. diyana orang pahang jgk ek??..

    Best Blogger Tips
  8. Ibnushukran April 13, 2011 at 5:45 PM

    misz farah

    2 la.. nasib bek la xkene saman..huhu.. dah la kte ni duit tnga kering,len la klu da keje..

    Best Blogger Tips
  9. Nadia Mashuri April 13, 2011 at 8:34 PM

    hari tu adik dah kena marah dgn ayah sbb tukar plat no kecil tu lah..

    Best Blogger Tips
  10. Ibnushukran April 13, 2011 at 9:21 PM

    @Nadia Mashuri

    hehe.. tindakan yang betul oleh seorang ayah..

    Best Blogger Tips
  11. Unknown April 13, 2011 at 10:18 PM

    pe kate letak gambor kt each specification tu .hehe. al mklum aa, tau naek je, xtau pon mende2 name2 tu sume. i mean, cm footrest, brake disk, ngan rest lg satu tu. lg senang en letak gambar.. xyah susah2 nk google sndirik. xP

    Best Blogger Tips
  12. Ibnushukran April 13, 2011 at 10:30 PM

    @wannurakmal

    tadi xsmpat la nk google.. blik lpas tukar no plat terus cari bahan ,pastu post je.. huhu..

    entry len InsyaAllah sy letak gambar banyak2 k.. aikk.. permpuan pun mnat nak taw jgk ke.. hehe

    Best Blogger Tips
  13. Anonymous April 13, 2011 at 10:49 PM

    klu lelaki mmg ade jer nk cri salah...tp klu kaum wnita slamt la sket...hehehe

    Best Blogger Tips
  14. Ibnushukran April 14, 2011 at 1:31 AM

    @princess taiping

    2 la... heran jgk ni.. klu time permpuan je,seme xsalah.. llki ada j ksalahan y dicari..
    p xpe la.. wanita ni sebaik baik perhiasan.haruslah dijaga.. kan.. :D

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat