12

Harga Baru Proton R3 Satria Neo

Filled under : Berita Semasa

Assalamualaikum.
selamat petang semua.


Semalam Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir telah mengumumkan harga baru Proton R3 Satria Neo di Kuala Lumpur.


Bagi aku, Satria Neo memang kemas dan cantik bagi penggemar kenderaan yang simple dan sporty. Satria neo diciptakan dengan berkonsepkan kereta lumba seperti Peugeot dan pelbagai lagi. Memang sudah banyak kereta proton seperti Satria Neo digunakan dalam pelbagai aktiviti perlumbaan lasak seperti Intercontinental Rally Challenge (IRC) dan banyak lagi.


apa2 pun Jom kita layan gambar Proton R3 Satria Neo..









Berita Penuh :

KUALA LUMPUR - Sukan permotoran merupakan antara strategi utama yang bakal diberi tumpuan bagi meningkatkan jenama Proton, kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
"Sukan permotoran merupakan platform yang membolehkan pembuat kereta itu mempromosikan jenama dan meningkatkan kesedaran dalam pasaran baru dan berpotensi selain menjadi tempat ujian yang bermakna," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan bagi mengumumkan harga baru Proton R3 Satria Neo di sini semalam.
Menurutnya, model Proton R3 Satria Neo itu dibangunkan untuk keseronokan memandu yang dinamik dan ia dijual pada harga RM79,797 atas jalan termasuk, cukai jalan dan insurans.
R3 Satria Neo dibangunkan oleh Bahagian Permotoran Sukan Proton menerusi jenama Race, Rally, Research (R3) dan kereta itu itu mudah dikenali berdasarkan warna merah menyala di bahagian luar dan bumbung hitam.
R3 Satria Neo merupakan lanjutan kepada pembabitan Proton dalam perlumbaan motor dan melaluinya ia dijangka dapat memenuhi permintaan pelanggan dan peminat yang mahukan kenderaan yang dibangunkan khusus untuk prestasi selain kegunaan harian.

sumber : Kosmo! Online

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

12 comments

  1. nadira shahid March 8, 2011 at 1:18 PM

    wah! suke, tapi harge nk 80 riban T_T kalau freshgraduate, bile nk beli ni ;(

    Best Blogger Tips
  2. FadhDeela March 8, 2011 at 1:20 PM

    Pehhhh..cun abis kete nie!!

    Meh singgah: Video Terbaikkk la yopp!!

    Best Blogger Tips
  3. Ibnushukran March 8, 2011 at 4:16 PM

    nadira shahid :

    haha... klu freshgraduate kne loan bank bru dapat pakai kete ni.. :D

    Best Blogger Tips
  4. Ibnushukran March 8, 2011 at 4:17 PM

    fadheela :

    mmng cun gler.. harga pun cun jgk kan.. haha..

    Best Blogger Tips
  5. Unknown March 8, 2011 at 6:10 PM

    Belikan saya satu !!

    Best Blogger Tips
  6. nadira shahid March 8, 2011 at 6:35 PM

    kalau buat loan, 10 tahun pun tak abes byr.. nk beli rumah lagi, adoiii

    Best Blogger Tips
  7. Ibnushukran March 8, 2011 at 6:48 PM

    abdullah fairuz :

    haha.. klu bende 2 rm 7.97 sen boleh la,ni mencekik ke rm 79,797.. haha

    Best Blogger Tips
  8. Ibnushukran March 8, 2011 at 6:49 PM

    nadira :

    xpe.. asal dapat pakai pun okay la.. bank xmarah pun bayar lmbat2.. h03~

    Best Blogger Tips
  9. rafina mimi abdullah March 9, 2011 at 2:18 PM

    cantik la kat dalam kereta ni..agaknya bila la dapat merasa..hehehe :)

    Best Blogger Tips
  10. Ibnushukran March 9, 2011 at 5:21 PM

    nnti ada la 2 rezeki akk nk pakai kete ni.. aah, inside accsories dia cantik gler,kmas.. mnawan plak 2 ngan warna redblack as a theme.. huhu

    Best Blogger Tips
  11. Unknown April 5, 2011 at 11:43 PM

    serious smart. stylo aa. o.O

    Best Blogger Tips
  12. Ibnushukran April 6, 2011 at 7:32 AM

    @wannurakmal

    aah.. mmng smart,nmpak elegen.. :)

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat