5

Dialog Lawak: Kelas perkataan berlawan

Filled under : Oh Lawak






Alkisahnya.....
situasi berlaku di dlm kelas..
*cikgu masuk kelas...



Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham? Murid : Faham, Cikgu!


Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!


Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!


Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!


Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!


Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!


Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!


Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!


Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)









sumber: fizi-taketsu 






ibnushukran: haahaha.. tak tahan betul baca dialog ni, jadi fedup cikgu dalam kelas.. sape suruh buat kata berlawan , kan kawan menjadi lawan, murid menjadi lawan.. haha













Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Oh Lawak

5 comments

  1. MiSz fiFiEyQa June 27, 2011 at 8:30 AM

    Haha..penah baca lawak ni...haishh tension la kalau btul2 ade student camtu..

    Best Blogger Tips
  2. SyaficqaHamdan June 27, 2011 at 9:49 AM

    hahahaha. mmg, sawan ckgu tuh. cnfirm ckgu yg bace nie tak buat xtivity nie dlm clas. hee

    Best Blogger Tips
  3. Golden Rose June 27, 2011 at 10:09 AM

    hahaha...tension dpt murid2 mcm ni...tula salah satu sbb sha tak nak jadi cikgu...tak tahan...

    Best Blogger Tips
  4. princess taiping June 27, 2011 at 2:36 PM

    hahaha...sabor je la...

    Best Blogger Tips
  5. Cikchaa ♥ August 24, 2012 at 9:01 PM

    hahaha...tension cikgu nie

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat