3

Diskaun 10 sen jika pesan teh tarik kurang manis

Filled under : Berita Semasa

KUANTAN: Sebelas restoran di sekitar Kuantan dan Pekan menyahut seruan kerajaan dengan menyertai kempen "Kurang Gula, Kurang Belanja" bagi mengajak dan mendidik orang ramai mengamalkan cara hidup sihat. 

Timbalan Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata, kempen yang dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Mei lalu itu, dijangka disertai lebih banyak lagi restoran di seluruh Pahang.

"Kempen itu akan diperluaskan ke restoran lain di negeri ini minggu depan dan kita harap pengusaha restoran akan menjayakannya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu di Restoran Taj di sini hari ini.






Alwi berkata, kempen itu membolehkan pengguna menikmati diskaun 10 sen daripada restoran terbabit sekiranya mereka meminta kandungan gula dikurangkan dalam minuman yang dipesan. - BERNAMA 


sumber: Berita Harian Online






ibnushukran: eehhh.. teh tarik kan guna susu.. haha.. apa2 pun ni satu tarikan dan satu inisiatif dari pihak terababit agar rakyat mengamalkan rutin pengambilan gula yang seimbang.. harap kerajaan tiada niat lain dalam aktiviti ini yep...  tak perlu la naikkan harga gula kerap sangat,kesian rakyat...







Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

3 comments

  1. Muhamad Zulazwan Bin Chukop June 1, 2011 at 4:42 PM

    kalau gula kurang je yg kurang...tapi makanan2 yang ade gule main lantak je...tak boleh gak..kan..

    -Yok mampir diluk = tak faham dengan industri perfileman sekarang

    Best Blogger Tips
  2. Ibnushukran June 1, 2011 at 7:48 PM

    @::blog anak jawer::

    aah.. bnde lain pun bnyak jgk gula.. nk xnak semuanya atas dasar khndak sendiri jgk.. berubah seblum tersimbah.. cehh.. hehe

    Best Blogger Tips
  3. blog-tips-kurus June 2, 2011 at 1:52 PM

    kurangkan manis dalam makanan/minuman. senyum kena harus > manis.. :-)

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat