2

Puting Beliung melanda Mersing sekali lagi

Filled under : Berita Semasa

MERSING: “Saya hanya mampu berdoa agar puting beliung itu tidak menghala ke arah kami yang sedang berniaga kerana ngeri mengenangkan ribut memusnahkan Bazar Ramadan Melaka tahun lalu yang mengorbankan beberapa mangsa. 


"Doa kami dimakbulkan apabila puting beliung itu menghala ke arah Teluk Buih, tetapi tempiasnya saja sudah cukup untuk merosakkan beberapa gerai di sini,” kata Rosli Derani, 42, peniaga pasar lambak Jalan Makam, di sini. 


Katanya, ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang kelmarin itu, dia yang berniaga sup tulang dapat melihat dengan jelas pusaran angin bergerak menghala ke Teluk Buih sambil tempiasnya terasa sehingga ke kawasan perniagaan itu.

Walaupun puting beliung yang dilihat bermula dari Pulau Setindan berhampiran Pantai Teluk Buih itu tidak menghala ke pasar lambak, tempiasnya sudah cukup menyebabkan hampir 10 khemah peniaga rosak bersama puluhan bot gentian kaca milik nelayan yang diterbangkan angin.

Kejadian berterusan kira-kira 10 minit itu adalah yang kedua dalam tempoh seminggu di daerah ini dan menggemparkan penduduk sekitar Kampung Air Papan dan Teluk Buih. Walaupun tiada kemalangan jiwa, sekurang-kurangnya empat bot nelayan musnah dan bumbung jeti pangkalan Teluk Buih diterbangkan angin kencang. 
Pengunjung dari Kluang, Muslim Abdullah, 46, berkata ketika kejadian beliau yang berada di atas jeti sempat menyelamatkan diri dengan berlindung di kawasan selamat manakala orang ramai di sekitar pantai bertempiaran lari mencari perlindungan dalam keadaan bot gentian kaca berterbangan dibawa angin kencang.

“Bot yang berat itu mampu diterbangkan angin bagaikan kertas yang melayang sebelum jatuh menghempap jeti. Syukur saya dan anak terselamat... kalau terperangkap dalam pusaran angin itu, sukar untuk digambarkan nasib kami," katanya. [SUMBER]   







ibnushukiran: Allahuakhbar..  mngerikan bila ada puting beliung yng menghampiri kita, adakah ni satu petanda dari Maha Besar supaya kita berjaga2.. semoga Allah swt melindungi kita dari bencana sebegini dan semoga diperkuatkan iman kita untuk mnghadapi ujian yang besar sebegini, insyaAllah..







Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

2 comments

  1. Muhamad Zulazwan Bin Chukop June 19, 2011 at 11:19 AM

    subhanallah...makin bnyak bencana alam skrg ni...tanda kiamat dh dekat..tentera ALLAH dah mula menyerang malaysia, kerana maksiat yg berleluasa...

    -Yok mampir diluk = pasang niat untuk berblogging...

    Best Blogger Tips
  2. nurmisnan June 19, 2011 at 2:58 PM

    SubhanAllah.. Lihat video ini
    sudah cukup utk kita bersiap sedia
    utk menemui ILAHI.. bila2 masa
    saja kita akan pergi...

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat