2

Satu Sen Pun Najib Tak Hulurkan Kepada Sekolah Agama Rakyat !!!

Filled under : Berita Semasa

Pm telah menyediakan RM50.2 billion untuk belanjawan pada 2012, sangat banyak bukan, Alhamdulillah. Namun sedikit dalam bajet itu tidak memberi sumbangan kepada sekolah agama rakyat, selain itu sebanyak RM1 billion telah disediakan kerajaan bagi membantu sekolah kerajaan, RM1 bilion akan disediakan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. Najib berkata daripada peruntukan itu, RM500 juta diberikan kepada Sekolah Kebangsaan dan masing-masing RM100 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Mubaligh, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). 






Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pasti akan dicela oleh sebahagian besar daripada orang Melayu dan umat Islam di negara ini, apabila sengaja meminggikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam pembentangan Bajet 2012 yang dibuatnya di Dewan Rakyat petang semalam. Ramai ibubapa terutamanya yang menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan Islam di sekolah terbabit terkilan dengan sikap kerajaan UMNO BN ini. Malah mereka juga terkejut najib selaku pemimpin Melayu yang beragama Islam gagal membela nasib pendidikan Islam yang dipelopori oleh SAR sejak zaman berzaman. Bayangkan, disaat Najib mengumumkan peruntukan besar sektor pendidikan Dalam Bajet 2012, iaitu sebanyak RM50.2 bilion satu sen pun tidak diagihkan kepada SAR. Kenapa begitu hina layanan diberikan kepada sekolah terbabit, sedangkan majoriti pelajarnya adalah anak-anak orang Melayu yang beragama Islam?. Inikah caranya pemimpin Melayu Islam yang kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara melakukan tindakan. Tambah memilukan daripada jumlah besar yang diberikan Kementerian Pelajaran itu, peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.






Pm tak tahukan bahawa sekolah agama yang akan menyumbangkan ulama dan warga berilmu tinggi dalam Islam untuk manusia sejagat, tak kan tak mahu membantu lansung.  Adakah mahu meminggirkan sekolah agama dalam pendidikan negara, hanya melahirkan manusia yang mencipta satu revolusi, satu teknologi, satu sistem terulung dalam teknologi tanpa ada nilai Islam. Benarkan ini cara memperjuangkan hak orang Islam dan pelihara umat Islam di Malaysia ???.. 



















Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

2 comments

  1. nurmisnan October 8, 2011 at 4:51 PM

    yang ini aku terlepas dengar smlm... memang sepatutnya
    SAR dapat bantuan seperti sekolah2 lain.. adakah Najib
    tidak tahu atau buat2 tak nampak... takut x dpt komisen maaa....

    Best Blogger Tips
  2. Anonymous May 10, 2014 at 5:29 PM

    Bodoh betul lah.dia anut agama apa?apa kejadah tak nampak sekolah yg mngangkat syiar islam.tak dpt tunai tggjwb pm,jgn jd pm.mmg tak layak pun.mcm2 kejadian aneh nan cela selama penggal kauu.kau pelu belajar dulu najib....

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat