Saya rasa ramai yang masih tidak mengenali kumpulan nasyid yang bergelar Al Farabi, kalau kita sekali pandang we'll never expected yang itu adalah kumpulan rock cuz of their appearance is looking like penyanyi nasyid. Mereka memperjuangkan muzik rock dengan berkonsepkan ketuhanan.
Saya pernah mendengar nanyian mereka ketika MHI invite dorang untuk buat show di tv3. Mungkin mereka masih lagi kurang mendapat tepat pada masa dahulu, tapi sekarang mereka telah pun dikenali.
Melihat imej mereka berserban dan islamik, pasti ramai yang tidak menyangka Al Farabi membawakan konsep rock dalam perjuangan muzik mereka.
Bagi Al Farabi, apa yang diperjuangkan mereka itu adalah sebagai jihad ke jalan ALLAh SWT. Membawa konsep rock Islamik, lagu-lagu mereka sarat dengan unsur ketuhanan, kemanusiaan dan perjuangan yang dapat memberi wadah berguna buat pendengarnya.
Bukan sekadar mencipta gimik semata-mata, Al Farabi yang ditubuhkan pada Mac 2009, kini punya peminat tersendiri.
Terdiri daripada lima anggota, Mohd Nazri Alias, 37, selaku vokalis dan pemain gitar utama, Ahmad Nasie Mohd Nawawi, 24, (vokalis), Amirul Mustafa Al- Rieza Dzulkifli, 17, (drum), Abdul Razaque Samuel Fakhr Dzukifli, 20, (keyboard 1), dan satu-satunya bunga dalam kumpulan itu, Fazrina Ghazali, 36, (gitar 2), Al Farabi kini semakin optimis dengan perjuangan.
"Konsep band Al Farabi bertunjangkan kepada tiga elemen, muzik, mesej dan penampilan sesuai dengan konsep kami yang lebih terarah kepada keagamaan.
“Malah, kami asalnya bukanlah daripada kalangan individu yang mempunyai asas muzik. Tetapi minat dan semangat kami untuk memperjuangkan agama melalui medium berbeza antara pendorong utama keteguhan Al Farabi sehingga kini,” kata Nazri, selaku ketua kumpulan.
Dengan konsep yang mereka bawakan ini, mungkin sedikit sebanyak dapat mendekatkan Islam di jiwa remaja masa kini yang lebih sukakan rentak yang quite lively.
Sama-sama kita sokong hasrat mereka untuk menyebarkan dakwah dengan cara yang begini, tidak salah untuk menyanyi dan berhibur asalkan tidak mendatangkan haram pada nyanyian tersebut dengan cara mengikuti syarat yang ditetapkan Islam.
saya jarang dengar lagu mereka di mana-mana stesen radio mahupun ikim, ataupun saya yang tak notice maybe, harap selepas ini lagu seperti ini akan menggegar tanah air seperti di zaman kumpulan nasyid Raihan pada ketika dahulu dengan mencapai kutipan jualan CD yang terbanyak di Malaysia..
Story by Ibnushukran
Tags: Dunia Hiburan
wah..cik pon nk gi skodeng depa kt utube la..hihi
ohhhhh.... pernah dgr lagu mereka.. best juger
tapi jarang keluar di radio.
@Nur Misnan
assalamualaikum, alfarabiband kerap keluar di radio muzikfm (online), ROCK SELAMBA dlam segmen ROCK SUCI :)
untuk matlumat lanjut: http://www.facebook.com/alfarabiband
Salam perjuangan daripada ALFARABIBAND :)
Assalamualaikum, alfarabiband kerap keluar di radio muzikfm (online) ROCK SELAMBA dalam segmen ROCK SUCI..
untuk matlumat lanjut sila klik pada link di bawah ini:
http://www.facebook.com/alfarabiband
Salam perjuangan daripada ALFARABIBAND :)