0

Dijangkakan Hampir 1000 Maut Akibat Gempa Bumi Di Turki

Filled under : Berita Semasa


(mStar) ANKARA: Panik dan ketakutan menyelubungi mangsa ketika gempa 7.2 magnitud di timur Turki mengorbankan kira-kira 500 hingga 1000 orang apabila banyak bangunan runtuh.
Angka korban dijangka meningkat ketika anggota penyelamat giat mencari mangsa di bawah runtuhan dan tiba di kawasan perkampungan.
Puluhan ribu orang meluru keluar ke jalan raya untuk menyelamatkan diri sambil menjerit atau cuba menghubungi sanak saudara menerusi telefon ketika bangunan pejabat kediaman retak atau runtuh.
"Ramai terperangkap di bawah runtuhan. Mereka sedang menderita," kata Datuk Bandar Daerah Celebibag, Veysel Keser.
Celebibag terletak berhampiran kawasan paling turuk dilanda bencana itu, Ercis, berhampiran sempadan Ran dan antara zon gempa bumi.
Gemps bumi itu melanda pada 1.41 petang (1041 GMT). - AP

yang telah disahkan mati ialah seramai hampir 200 orang, seramai 1,090 orang diketahui cedera manakala ratusan lagi berada di dalam ketakutan. Dijangka jumlah yang terkorban akan meningkat.







Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat