12

Maksud bacaan dalam SOLAT

Filled under : Info Islam

ASSALAMUALAIKUM


Solat merupakan satu perkara yang wajib kepada kita umat Islam dan sabagai hamba Allah swt di muka bumi ini. Solat itu tiang agama, ibarat rumah yang tidak bertiang maka runtuhlah rumah tersebut, begitulah diumpamakan kepada kepentingan solat di dalam Islam.

Solat adalah tiang agama, jika orang tidak solat maka runtuhlah agamanya. Mengerjakan solat lima waktu adalah fardhu, apabila dikerjakan mendapat pahala daripada Allah dan apabila ditinggalkan maka berdosa besar dan sebahagian para ulama menggolongkan kafir bagi orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja.
Bagi orang yang tidak mengerjakan solat, maka segala amal kebajikannya tidak diterima oleh Allah SWT dan amalannya itu hanya sia-sia. [SUMBER] 

Untuk mendapat kusyuk di dalam solat, kita digalakkan untuk memahami segala makna yang dibaca ketika solat. Di bawah ini merupakan makna ayat di dalam solat dari awal solat sehingga akhir solat :


Allah Maha Besar 
(Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 


Rasulullah saw bersabda:
" Solat itu adalah tiang agama(Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama ".
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim




Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Islam

12 comments

  1. Afzainizam July 19, 2011 at 2:58 PM

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip hilangkan bauan durian dalam kereta

    Sembahyang itu tiang agama, sembahyang itu anak kunci segala kebaikan (Riwayat Tabrani)

    Dari Muaz, r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda :”Kepala atau asas agama (yang aku bawa) ini ialah Islam (melafazkan dua kalimah syahadah yang mengesahkan ) dan (dengan itu) sesiapa yang telah Islam: selamatlah dia (dunia dan akhirat); dan (selain itu) tiang agama ialah sembahyang” (Riwayat Tabrani)

    Best Blogger Tips
  2. ieda =.= July 19, 2011 at 5:21 PM

    semoga solat kita semua diterima olehNYA. Amin.

    harap selepas ini syieda lebih dekat denganNYA..

    Best Blogger Tips
  3. CikTeddyCorner July 19, 2011 at 6:45 PM

    alhamdulillah..top up ilmu baru..lengkap semuanya..thanks ibnu..^^

    Best Blogger Tips
  4. Ibnushukran July 19, 2011 at 10:50 PM

    @Afzainizam

    thanks bro, pkongsian y mnarik. :)

    Best Blogger Tips
  5. Ibnushukran July 19, 2011 at 10:50 PM

    @syieda_joy

    insyaAllah.. sama2 kita dktkan diri kita dgnNya..

    Best Blogger Tips
  6. Ibnushukran July 19, 2011 at 10:51 PM

    @Cik Teddy

    sama2 cik.. :)

    Best Blogger Tips
  7. nurmisnan July 20, 2011 at 7:42 AM

    salam brother.... alhamdulillah
    rasanya ramai antara kita tidak tau akan
    maksud bacaan dlm setiap gerakkan solat kta..

    thanks for sharing here.. aku tengah syok baca nih
    copy yer brother utk simpanan ilmu aku.. thanks

    Best Blogger Tips
  8. Hafizin Jamil July 20, 2011 at 8:14 AM

    nice entry bro...dapat sikit sbanyak ilmu

    Best Blogger Tips
  9. Ibnushukran July 20, 2011 at 8:21 AM

    @Nur Misnan

    wasalam sis, silakan.. :)

    Best Blogger Tips
  10. Ibnushukran July 20, 2011 at 8:21 AM

    @H.J

    sama2 amalkan.. huhu

    Best Blogger Tips
  11. FadhDeela July 20, 2011 at 10:23 AM

    Thanks kongsi info mcm nie..!! Semoga solat kita diterima ALLAH :)

    Best Blogger Tips
  12. Ibnushukran July 20, 2011 at 11:23 PM

    @fadhdeela

    insyaAllah.. :)

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat