0

Akhirnya!!! TV3 Sendiri Tanggalkan 'topeng' Isa Samad

Filled under : Berita Semasa


Ketakutan dan kerisauan nampak jelas di raut wajah Tan Sri Isa Samad (Isa Samad) dalam rancangan Soal Jawab TV3 pada malam 12 Oktober 2011. Fakta-fakta diberikan sama sekali adalah sekadar alasan dan Warga Felda keseluruhannya berterima kasih kepada TV3 kerana menanggalkan topeng yang dipakai Isa Samad dan menampakkan sisi wajah kerakusan dan kedangkalan pengetahuan Isa Samad. Gerakan-gerakan yang dimulakan oleh ANAK diketuai oleh saudara Mazlan Aliman dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa Warga Felda tidak lagi meyakini UMNO sebagai pembela Felda yang sebenar, bermula pada hari pertama Isa Samad memulakan tugasnya sebagai Pengerusi Felda.
Meneruskan lagi kesinambungan perjuangan warga Felda dalam menentang kerakusan Isa Samad dan konflik-konflik yang ditimbulkan oleh beliau dengan restu Perdana Menteri, Warga Felda akan memulakan kempen Gelombang Jingga dengan penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA 2.0. 
Tujuan penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 ini adalah untuk menyatukan kumpulan-kumpulan peneroka, golongan belia Felda, golongan profesional kelahiran Felda serta NGO-NGO yang bersimpati dengan perjuangan warga Felda bagi menghalau Isa Samad dan konco-konconya dari agenda peribadi masing-masing.
Pelancaran dan penamaan Jawatankuasa Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 akan diumumkan kelak melalui sebuah sidang akhbar yang dijangka diadakan dalam masa terdekat. NGO-NGO yang ingin turut bersama dan bersimpati dengan warga Felda diminta berhubung dengan Saudara Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK yang dilantik sebagai Setiausaha Kehormat Gerakan Mansuhkan ISA 2.0. 
Sementara itu, Warga Felda diseru memakai warna kebanggan kita iaitu warga jingga sekerap mungkin yang akan dijadikan permulaan sebuah gelombang bagi menumbangkan Isa Samad dan konco-konco korporatnya yang rakus. Menteri Besar - Menteri Besar di mana terletaknya tanah-tanah Felda Plantation yang cuba dicagarkan oleh Isa Samad kepada Felda Global Ventures selama 60 tahun diminta terus mempertahankan tanah masing-masing iaitu hak rakyat negeri dari cuba digadaikan di Bursa Saham.

ada ulat disebalik pokok!


Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat