1

Dr. Sahol Hamid Orang Asia Pertama Terima Ijazah Kehormat Kedoktoran

Filled under : Berita Semasa

SHAH ALAM, 23 Okt (Bernama) -- Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mencipta sejarah sebagai orang Asia dan rakyat Malaysia pertama menerima ijazah kehormat kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Stuttgart, Jerman.

Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat UiTM Prof Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman berkata ia adalah penghormatan terhadap pencapaian kajian saintifik dan teknikal bidang kejuruteraan hidrolik dan teknologi baru dalam pengurusan sumber air yang dilakukan Sahol Hamid.

"Penganugerahan ini dimaklumkan melalui sepucuk surat yang dikirim dan ditandatangani Prof Dr Wolfram Ressel, rektor universiti berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

"Menurut surat itu, pihak senat Universiti Stuttgart menganugerahkan ijazah kehormat kedoktoran tersebut atas cadangan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar universiti berkenaan," jelas Ahmad Redzuan.

Anugerah akan disampaikan pada 18 Nov di Stuttgart.

Berasal dari Pulau Pinang, Sahol Hamid, 57, berkata beliau bangga dan teruja untuk menerima anugerah yang merupakan antara yang tertinggi sepanjang kariernya sebagai ahli akademik.

"Saya bangga menjadi anak Malaysia dan orang Asia pertama yang menerima anugerah dari universiti itu. Lebih manis ia anugerah dari Jerman, negara yang sememangnya pakar dalam bidang kejuruteraan, namun masih mengiktiraf kemampuan orang Malaysia seperti saya," katanya ketika ditemui.

Beliau pernah menjadi profesor sumber manusia di Universiti Stuttgart pada 2000-2002 selain profesor kejuruteraan sivil di institusi tersebut.

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

1 comments

  1. nurmisnan October 24, 2011 at 6:03 PM

    Alhamdulillah... rezeki beliau.. Satu contoh utk kita semua rakyat Msia..

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat