0

Ketua PKM Chin Peng Kini Kritikal

Filled under : Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di sebuah hospital di Bangkok. 
Chin Peng yang berada dalam buangan di Bangkok dimasukkan ke sebuah hospital utama di ibu negara Thailand itu Rabu lalu. 
Dia genap 87 tahun pada 21 Oktober ini. Difahamkan anggota keluarga dan rakan-rakan karibnya telah diminta mengunjungi pemimpin itu. 
“Dia uzur. Kami difahamkan bahawa doktor telah menghantar mesej kepada keluarganya agar mengunjungi beliau dalam waktu terdekat,” kata sumber risikan dipetik The Star hari ini. 
Difahamkan Chin Peng kerapkali mengunjungi doktor sejak dua bulan lalu. 
Sumber-sumber juga memberitahu bahawa ingatan Chin Peng merosot sejak beberapa lalu. 
Chin Peng atau nama samaran Ong Boon Hua dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal di Sitiawan dan merupakan anak kedua daripada enam beradik. 
Pada 1940, dia diterima untuk menyertai PKM dan ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai setiausaha agungnya.-malaysianinsider






Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat