1

Najib: Namewee Penyokong Kuat 1 Malaysia

Filled under : Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 30 Sept — Datuk Seri Najib Razak menyifatkan penulis lirik dan pembikin filem yang kontroversial Wee Meng Chee sebagai seorang pendukung kuat 1 Malaysia meskipun banyak pihak mahu tindakan dikenakan ke atas penerbit “Nasi Lemak 2.0” kerana didakwa mengkritik negara.
Presiden Umno berkata Wee(gambar), yang turut dikenali sebagai Namewee, seorang yang unik dan tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah menyampaikan ideanya.
Utusan, akhbar milik Umno mengkritik karya Wee. Dalam artikel bertajuk Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee…, penulis akhbar itu berkata tidak akan memberi sokongan kepada filemnya walau ia menerima pujian sebanyak mana sekalipun.
Katanya, meskipun filem itu penuh dengan artis besar dan terkenal seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, dia tetap akan menutup mata dan tidak mengendahkan filem Namewee yang menurut pengarah filem itu, di inspirasikan dari konsep 1 Malaysia.
Kata akhbar itu ia bukan salah filem, jalan cerita, mahupun pelakon-pelakon filem itu tetapi kerana ia hasil karya Wee yang dahulunya pernah menghina pelbagai pihak dalam negara Malaysia ini, pernah juga hina lagu Negaraku.
Namewee pula, siap buat video YouTube lagi untuk sampaikan balasan reaksinya terhadap kenyataan dalam artikel tu.
Wee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari sebuah universiti di Taiwan menjadi pengarah untuk filem Nasi Lemak 2.0 yang kini sedang ditayangkan di pawagam.
Kata Najib, Wee dan beberapa pihak tertentu yang dikatakan menyokong Gagasan 1 Malaysia perlu terus menyokongnya melalui kreativiti mereka tersendiri.
“Saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1 Malaysia,” kata Najib yang juga Presiden Umno.
Kata Najib, beliau menggalakkan Wee untuk terus memberi segala pandangannya melalui cara sebagai blogger atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1 Malaysia.- themalaysianinsider


Bukankah Namewee ini pernah menyelar Melayu dan juga pernah mempermainkan lagu Negaraku suatu masa dahulu. Isu menghina Melayu agak kecil kerana Namewee ni pun dulu pernah menghina Islam dengan memperlekehkan isu azan subuh, wanita bertudung, dan berpuasa. 
Kenapa karyawan yang telah menghina Islam diangkat. Cakap negara Islam, bila rakyat buat bantahan sebagainya, tahu plak masuk ISA, tapi bila ada karya menghina Islam dok diam goyang kaki, macam mane..



Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

1 comments

  1. Anonymous May 9, 2014 at 11:48 PM

    Politik.

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat