1

Kenapa 'Discman' Sudah Mula Dilupakan?

Filled under : Gadgets

Siapa tahu apa itu Discman?. Saya rasa semua tahu apa itu discman kerana discman telah digunakan secara meluas ketika zamannya dahulu. Dengan memainkan pelbagai lagu dengan hanya memasukkan sekeping CD dan ia akan memainkan lagu yang ada didalam CD tersebut.


Saya rasa budak zaman sekarang sudah tidak mengenal discman kerana dengan perlambakan music player di pasaran telah menurunkan saham discman di seluruh dunia.





Sedikit info yang saya dapat untuk sesiapa yang tidak pernah mengenali akan music player ini:


"Discman merupakan nama yang diberikan oleh syarikat besar Sony yang memasarkan Portable CD Player yang pertama. Discman pertama yang dikeluarkan pada tahun 1984 ialah model D-50. Di Jepun, setiap produk Discman dikenali sebagai 'CD Walkman' dan nama ini telah digunakan secara meluas di seluruh dunia pada tahun 2000 dan Sony telah mengeluarkan logo Walkman bagi setiap produk Discman yang dikeluarkan."





Discman agak kurang digunakan pada zaman sekarang kerana pelbagai gadjet yang telah banyak mengatasi kebolehan mainan muzik yang direka untuk discman. Antaranya kelemahan Discman jika dibandingkan dengan music player terkini ialah:

  • Orang lebih suka menggunakan Mp3 player yang lebih portable dan comel.
  • Nak pinjam CD kawan tak kasi, terpaksa keluar duit untuk beli sekeping CD.
  • its very costly, jika CD tercalar balar terus tak boleh pakai.
  • Malas nak burn2 CD..
  • Saiznya yang agak dan sangat besar menyukarkan pengguna untuk bawa kemana mana.
  • Tak dek screen berwarna untuk tengok klip video artis kegemaran mereka..
  • Kena berhati-hati sebab discman ini berjiwa sensitif, jika terjatuh ia akan mengurangkan jangka hayat discman.
  • Not multifunction. Discman hanya mampu memainkan muzik dan ianya juga boleh berfungsi sebagai CD player untuk memainkan movie di TV. Itu sahaja.
  • Pengguna tak dapat simpan gambar binatang peliharaan dorang sebab tak boleh play gambar pun. Gambar awek tak boleh simpan k!, tak elok sama sekali.. :)
  • Discman sebenarnya tidak mempunyai otak kerana hampir semua discman tiada memory card untuk menyimpan data.
  • Dulu Harganya sangat mahal sebab tu budak asrama masa dulu lagi suka beli Polito(sejenis radio kecik yang berharga Rm10, terdapat disemua pasar malam berdekatan)

Sememangnya kecanggihan teknologi sekarang mengatasi segala ciptaan dahulu, yang dulunya sangat terkenal dan menjadi kegilaan namun sekarang hanya menjadi bahan simpanan untuk kenangan sahaja. 

Kita tidak nafikan bahawa sekarang ini memang dunia telah mengelurkan segala jenis barangan atau gadjet yang sangat canggih dan memudahkan urusan manusia sejagat. Dalam kehidupan kita sendiri saya percaya banyak, cuba pandang sekeliling dan bilang jika rajin.. hehe.. banyak bukan?

Walaubagaimanapun, jika tiada yang lama, pasti tiada yang baru.. kan.. :)












Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Gadgets

1 comments

  1. >Misz Farah..?< October 16, 2011 at 6:38 AM

    zaman kgemilangan discman ni dlu kt tmpt sy kira2 lepas upsr kot sbb abes je exam masing2 sebok bwk benda terlarang ke sekolah. mulalah lah nk menunjuk2. termasok la yg menaip komen ni. hoho.. =_='

    fact bout discman ni dulu sape2 yg pkai bende alah ni dikategorikan sbg 'ade style'. tu je. hahaha..=p

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat