Islam itu BAHAGIA
Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling cool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?
jeng, jeng,jeng....hihi
...jawapanya senang je...
Dia adalah LELAKI YANG MAMPU MENJADI IMAM.. ^_________________________^
Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi lelaki yang cool, paling macho, paling tampan dan hebat adalah hanya kerna dia mampu jadi Imam!
Lelaki adalah PEMIMPIN kepada keluarga. Lelaki yang mampu menjadi Imam kepada keluarganya bukan sahaja akan berusaha gigih membentuk diri sebagai seorang mukmin yang sejati, tetapi beliau juga tidak akan lupa untuk membawa keluarganya ke gerbang kejayaan hakiki..iaitu SYURGA! ~~~
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”
(Surah al-Furqan ayat 74)
So,kaum Adam diluar sana..sila lah sahut cabaran ini untuk menjadi lelaki paling cool dan macho! yeah! you can do it! hihi.. n______n
"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni ku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."
sumber: Jannati Baiti(facebook)
ayuh kaum lelaki, semoga kita sama-sama dapat jadi lelaki yang cool dan macho.. :)
Story by Ibnushukran
Tags: Info Islam
wah..bagus2!