2

7 Cara Bersahabat Kerana Allah

Filled under : Info Islam



Sahabat untuk bergelak ketawa memang mudah untuk kita cari, namun berapa ramai sahabat kita ada di waktu kita susah, menamani kita, meluangkan masa, menghabiskan tenaga demi untuk membantu kita.


Sememangnya bukan mudah untuk kita menjadi seorang sahabat sejati, namun tidak mustahil bagi kita berusaha menjadi sahabat sememangnya sentiasa ada disisi rakan ketika dia susah.


Disini saya ingin berkongsi strategi atau cara untuk kita menjadi seorang sahabat yang baik.




1. Memberitahu teman bahawa anda kasih dan suka kepadanya.


Nabi Muhammad saw bersabda:
'Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya.'
(HR Abu Daud)

2. Apabila berpisah dengan seseorang, maka hendaklah anda mendoakan sehabat anda itu tanpa pengetahuannya.

Nabi Muhammad saw bersabda:
'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya.'
(HR Muslim)


3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumapa sahabat.

Nabi Muhammad saw bersabda:
'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria.'
(HR Muslim)


4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan teman.

Sabda Rasulullah saw:
'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.'
(HR Muslim)


5. Amalan ziarah-menziarahi.

Sabda baginda:
'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu.'


6. Memberi hadiah.

Nabi Muhammad saw bersabda:
'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang.'
(HR Thabrani)


7. Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan.

Nabi Muhammad saw bersabda:
'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan.'
(HR Hakim)





Semoga semua tips diatas dapat kita jadikan panduan bersama, terutama diri ini sendiri, rasa banyak dosa dengan kawan, bagi yang mengenal diri ini saya memohon selautan ampun dan maaf sekiranya ada melakukan kesilapan besar mahupun kecil, semua atas kejahilan saya sendiri.. harap kita dapat menjadi seorang sahabat sejati yang ikhlas kerana Allah swt..










Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Islam

2 comments

  1. Anas Joga October 2, 2011 at 11:38 PM

    point no 1 xleh tahan uh..hahah

    Best Blogger Tips
  2. Ibnushukran October 3, 2011 at 12:08 AM

    @Anas Joga

    haha..typing error,sudah dibaiki.. :)

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat