Seperti tiada sumber lain apabila duit daripada jualan bahan haram digunakan sehingga mampu bagi menampung sesuatu program.
Dalam Islam telah menyebut bahawa sesiapa yang terlibat secara langsung tidak kira dia menjual, membawa lori arak, bekerja di kilang arak, membawa arak, bekerja di kedai menjual arak dan dia menjadi casher ketika itu, dia tetap mendapat dosa oleh perbuatan itu. Terdapat 10 golongan yang telah dinyatakan dalam satu hadis dibawah, jika terbabit mereka akan mendapat dosa dan dilaknat oleh Rasulullah saw.
“Daripada Anas Bin Malik, dia berkata : Rasulullah s.a.w telah melaknat yang berkaitan dengan arak 10 golongan : iaitu yang memerahnya , yang meminta diperahkan, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dibawakan arak kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikannya” (HR. at-Tirmidzi)
Sudah dinyatakan dalam Islam arak itu haram, maka duit dari penjualan dan cukai tetap haram kerana ia melibatkan perkara yang haram.
hissh.. arak di malaysia seperti sudah menjadi perkara biasa, tak kira orang kenamaan sehingga golongan biasa sehingga mampu menjadi sumber pendapatan utama negara.. ini lah yang jadi bila pemimpin dilantik bukan dikalangan orang agama, maka akan musnah lah negara dengan segala jenis perkara yang haram..
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa