Terkini Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), membuka peluang kepada peminjam untuk menukar pinjaman pendidikan mereka kepada sistem pinjaman Islam atau Ujrah bermula 1 Januari depan.
Caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN jelas terkandung unsur RIBA dengan mengenakan dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance' atau 3 % dari hutang berbaki. INI JELAS SEKALI MENUNJUKKAN TERDAPAT RIBA !.
Jika tidak silap sistem Ujrah ini telah diperkenalkan pada tahun 2008 dikatakan untuk membantu peminjam PTPTN di Malaysia. Dan ini membantu rakyat yang meminjam bagi melangsaikan hutang mereka.
Apa itu sistem Ujrah dalam PTPTN ini???
Pembiayaan Ujrah PTPTN ni adalah satu skim untuk membantu peminjam-peminjam membayar pinjaman tanpa beban yang berat! Kalau korang perasan dulu masa meminjam ada stated yang kita akan dikenakan faedah 4% pada bayaran balik.Lepas tu diorang kurangkan kepada 3%.So dengan Pembiayaan Ujrah PTPTN ni kita just bayar bukan 2% tapi hanya 1% je.
Namun di dalam perkiraan upah PTPTN ini masih terdapat unsur "Ada Udang Disebalik Batu", betul kah ???.. baca ni..
1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.
2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.
3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.
4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.
5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).
6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.
7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.
8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.
9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.
10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.
11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.
12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.
13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau27.075% daripada jumlah asal.
14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.
15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.
16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.
17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.
18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.
19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara clean atas topeng Syari`ah.
ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟
WaLlahu a`lam.
sumber: al-fikrah.net
Ada maklumat yang mengatakan bahawa hanya peminjam yang baru mendaftar akan terus akan membayar bunga hanya 1% peratus sahaja setahun, jadi pelajar lama sahaja yang akan dikenakan 1% daripada bayaran yang sudah dikenakan 3% daripada jumlah asal.
Walaubagaimanapun, jumlah yang dikenakan sangat tinggi, adakah benar kerajaan ingin membantu pelajar, sedangkan pelajar baru sahaja keluar setelah memperoleh ijazah dan masih lagi belum mendapat kerja, telah dibebani dengan hutang yang sangat tinggi termasuk bunga yang dikenakan PTPTN.
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa
jadi begitu plak... membantu tetapi hantu dari belakang..
jika 1 persen setahun di kenakan + bertahun2 lagi bunga + jumlah = tidakkah sgt beban...
nota: bkn semua berjaya mendapat jawatan tinggi dan berjaya dalam kerjaya
yang bergaji rendah + sara hidup + dah berkahwin + nafkah anak2 isteri = kurang cukup...
tgk berita petang tadi.. xbrpa faham sgt sbnrnya..
Boleh saya ambik maklumat tersebut untuk kongsikan lagi kepada kawan-kawan?
Saya boleh membantu anda untuk menjelaskan pinjaman PTPTN dan mampu untuk menjadikan pinjaman PTPTN anda menjadi PERCUMA walaupn anda mendapat 3rd grade degree.
layari www.freeptptn.com untuk mengetahui rahsianya.