12

Awas! air minuman Malta dikeluarkan syarikat ARAK Guiness Anchor Bhd.

Filled under : Info Islam

~ASSALAMUALAIKUM~





Dalam perjalanan dari balik tempoh hari, ada satu kempen keselematan kat tepi jalan. Dorang ada bagi satu bag yang dalam tu ada air mineral dan air minuman Malta khas untuk pemandu kereta. Dah la bagi air ni time kita puasa, tapi isu tu tak nak ambik kisah sangat, hak  dia untuk memberi dan kita hanya menerima, nak minum atau tak tu antara kita dengan Allah swt.

Malam lepas berbuka nak try la air Malta ni ni kan, tapi biasalah saya klu nak minum ni kene tengok kandungan air, gula dia banyak mana dan sebagainya. Dalam membelek belek tin ni, saya terjumpa lambang crown kat bahagian tepi tin, saya dah syak sesuatu sebab sebelum ni tak pernah plak beli air Malta ni. Lepas tu cek lagi maklumat kt tin ni, ternampak la plak syarikat Guinness yang kita pun tahu Guinness ni salah satu syarikat ARAK besar dunia






Sudah ternyata bahawa syarikat pengeluar air tin minuman ini dikeluarkan oleh syarikat ARAK besar dunia yang ternyata haram untuk kita meminumnya. Air malta ini sememangnya tidak mengandungi alkohol dan dikatakan halal, namun jika ia dikeluarkan oleh syarikan Arak, adakah kita masih meyakini untuk meminum air ni. 

Berikut merupakan pendapat ustaz mengenai status air ini :




Saya mengambil langkah berjaga-jaga iaitu tinggalkan perkara yang syubhah, buatlah perkara yang diyakini halal. Adakah kita akan makan daging lembu yang HALAL yang dikeluarkan olah syarikat pengeluar daging khinzir dibawah satu premis yang sama. Sama sama fikirkan, masih banyak lagi air barli yang 100% halal yang banyak dikeluarkan syarikat yang disahkan halal. Pilihlah yang betul betul halal, tinggalkan perkara yang syubhah. 

Saya tidak menyatakan haram meminum air ini, ini diserahkan pada jabatan mufti atau Jakim, cuma saya mengambil langkah berjaga jaga iaitu meninggalkan perkara syubhah ini. Saya tinggalkan satu hadith untuk renungan kita bersama... 


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ” 






Wassalam..












Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Islam

12 comments

  1. author faethal August 29, 2011 at 5:29 PM

    Pendedahan yang sangat baik. Memang faveret drink aku nih...

    Best Blogger Tips
  2. hafrawiey ozakawa September 7, 2011 at 12:02 AM

    tengs for ur latest info..nice ntry....follow back

    Best Blogger Tips
  3. nurmisnan September 8, 2011 at 9:06 PM

    ohhhhh.... memang tak pernah minum pun
    tak suka baunya.. busyuk...

    Best Blogger Tips
  4. Akunyer September 11, 2011 at 10:43 AM

    ish ish... banyaknya benda meragukan... thanks atas pencerahan :..sori lama tak jenguk..

    Best Blogger Tips
  5. Anonymous October 15, 2011 at 8:05 PM

    rasulullah tidak kata pon kita xleh minum barangan yg tidak mengandungi alcohol ,so malta ni cuma tiada tanda halal shj, klu was was xpayah la minum.

    Best Blogger Tips
  6. Hamidi Fizie Bin Ahmad March 5, 2012 at 11:35 AM

    @author faethal
    tapi kat 99speedmart,7e banyak jual air ni di bahagian air yang halal...hmm jakim ape cerita?dahulu saya ada emelkan status air ni di ppim dan jakim apa pun takde feedback

    Best Blogger Tips
  7. Unknown July 3, 2012 at 6:05 PM

    thanks for info...

    Best Blogger Tips
  8. Ventor May 6, 2013 at 11:33 PM

    hambo dah meneguknya ... Nasib baik jumpa post ni... Air ini mungkin 'halal' dari sudut kandungan yg tampa akohol, tapi keuntungan dari tin tin yang kita beli ni (dan kos lesen yg di bayar kepada Guinness Anchor) ... keuntungan yang diterima oleh syarikat Guinness Anchor ni, dorang(kafir) akan roling balik duit kita tu untuk dia jalankan bisness Arak Real dia pula... Bermakna walaupun Marta halal, tetapi KITA TERLIBAT dalam menjana pendapatan keuntungan syarikat ARAK berkenaan...

    Merujuk hadis Rasulullah di atas, termasuk pak Jaga yg kerja sebagai sekurity tupun akan dikira bersubahat dengan pembuatan Arak berkenaan sebab kita "support" arak berkenaan secara tak langsung...

    ....Biarlah saya orang islam terakhir yang meminumnya, sebab dlm tin dah tinggal separuh kat depan mata nie ... :)

    Best Blogger Tips
  9. Kursus Pengendali Makanan January 13, 2014 at 7:36 AM

    Macam mana dengan bayaran gaji kepada penjawat awam dengan wang yg dibayar sebagai cukai kepada Kerajaan Malaysia daripada Genting Berhad?

    Best Blogger Tips
  10. Anonymous June 20, 2014 at 7:38 PM

    Kenapa tidak ada sykt minuman islam yg buat air yg sama dan terjamin halal?

    Best Blogger Tips
  11. Anonymous February 24, 2015 at 6:30 PM

    nasib baik saya check awal2 kat intrnet klau tak entah pe lha jdi...

    Best Blogger Tips
  12. Unknown April 19, 2015 at 8:21 AM

    Kawan saya Tuan Samsir kata Halal disisimu sayang,muah2!

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat