Mari kita dengar ceramah mengenai hukum Hudud yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus dan kita nilai dimana kita sekarang, adakah kita masih berkeras dengan penentangan atau kita menyokong hasrat pelaksanaan Hudud di Malaysia.
Berdasarkan ceramah Ustaz Azhar, saya dapat mengeluarkan point penting yang perlu kita ambil berat, antaranya..
- Berdosa kita sekiranya tiada azam dan niat untuk laksanakan Hudud di negara kita.
- Orang Islam akan bersungguh dan berusaha agar Islam itu tertegak.
- Orang munafiq akan bersungguh-sungguh agar hukum Allah swt tidak dilaksanakan dan menyebelahi di golongan yang halang Islam.
- Kalau ulama munafiq, dia akan keluarkan pelbagai dalil agar hukum Allah swt tetap tidak dilaksanakan.
Seperti yang dikatakan Ustaz Azhar, kita perlu berazam dan berusaha walau hanya doa supaya undang-undang Islam dapat ditegakkan dan jangan kita termasuk dalam golongan yang munafiq dengan menentang hukum Allah swt.
Nilai diri kita dan bersama kita menegakkan agama Allah swt. Bersama kita berada dalam umat yang tetap berusaha dan bersungguh-sungguh agar agama Allah swt, Islam dapat ditegakkan.
Wassalam..
Penilaian dan ijtihad perlu dilakukan jika Hudud dilaksanakan kerana kita berada di negara yang berbilang agama, agar tidak muncul kesan negatif dan seterusnya mencemarkan kesucian hukum Allah swt, kesucian itu perlu diperlihara.. Doakan semoga Hudud akan terlaksana.. insyaAllah~
Story by Ibnushukran
Tags: Info Islam