0

Pengarah JAIS Tegaskan Tiada Lagi Ahli Politik Di Berikan Tauliah Berceramah Di Seluruh Selangor

Filled under : Berita Semasa





[PahangDaily] SHAH ALAM 15 Sept - Ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin. "Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini,”katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, larangan terhadap ahli politik itu adalah bagi mematuhi titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat pekeliling bertarikh 22 Jun lepas. Marzuki berkata, Sultan Selangor tidak berkenan untuk memberikan tauliah kepada semua ahli politik untuk berceramah di semua surau dan masjid di seluruh Selangor. Beliau berkata, mereka yang melanggar arahan itu (menyampai ceramah tanpa tauliah) boleh didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Jais, Seksyen 119 (1) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Katanya, kini terdapat 2,601 penceramah agama yang bertauliah di Selangor. Awal bulan ini JAIS telah memanggil Ahli Parlimen Shah Alam,Khalid Samad bagi disiasat terhadap dakwaan bahawa beliau memberi tazkirah tanpa tauliah dengan perbicaraan berhubung perkara itu telah ditetapkan diadakan di Mahkamah Syariah Shah Alam 24 November depan. Khalid didakwa sampaikan kuliah agama tanpa permit pada 16 Ogos lalu dekat Surau Taman Seri Sementa di Kapar, Klang.


Saya percaya seluruh negeri pasti akan membuat tindakan sebegini, macam tidak rasional kerana kita mesti tahu bahawa politik dan Islam harus seiringan, jika tiada Islam dalam politik, pasti kotor sistem politik itu. Rasulullah saw sendiri sebagai ketua pemerintah, baginda menyampaikan tazkirah dan ceramah agama di masjid. Jangan kerana berpolitik isu agama diketepikan, ianya harus beriringan bersama, politik bersih pasti wujud jika pemimpin itu bersih.



Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat