0

Lee Chong Wei Kalah di Terbuka Jepun 2011

Filled under : Info Sukan





Hasrat Chong Wei untuk pertahanakan kejuaraan Kejohanan Jepun musnah dengan kehebatan darah muda Chen Long.


Musuh tradisi Lin Dan telah menarik diri di separuh akhir dengan membenarkan rakan sepasukannya Chen Long mara untuk bertemu Chong Wei.


[SH] JAGUH badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menggigit jari apabila tewas mengejut kepada pemain China, Chen Long pada aksi final Kejohanan Terbuka Jepun 2011 di Tokyo semalam.
Chen Long mara ke final selepas tindakan Lin Dan menarik diri pada saingan separuh akhir kelmarin muncul juara dalam aksi penuh mendebarkan yang menyaksikan perlawanan berlarutan sehingga tiga set, 21-8, 10-21, 21-19.
Ini merupakan kemenangan kedua diraih pemain China itu selepas menjuarai Kejohanan Masters China minggu lalu, manakala Chong Wei melepaskan gelaran dimenangi tahun lalu.
“Ia satu perlawanan menarik. Saya masih muda dan Chong Wei begitu kental. Saya bertuah untuk memenangi permainan tersebut,” kata Chen Long yang merangkul gelaran Terbuka Jepun buat pertama kali.
Sementara itu, Chong Wei bangkit pada set kedua dengan kemenangan 21-10 dan meninggalkan Chen Long pada kedudukan 17-15 pada set ketiga.
Namun, kegugupan Chong Wei meranapkan impiannya mempertahankan mahkota kejuaraan apabila Chen Long mengikat kedudukan 19-19 sebelum menamatkan perlawanan 21-19 selama 1 jam 13 minit.


Semoga kekalahan ini tidak mematahkan semangat Chong wei untuk terus gigih untuk mengekalkan gelaran no.1 Dunia. 





Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Info Sukan

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat