3

PM Bangladesh akui rakyatnya mudah dapat hak mengundi di Malaysia

Filled under : Berita Semasa





[PahangDaily] KUALA LUMPUR, 16 Sept - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh statusPenduduk Tetap (PR) dan layak mengundi. “Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini. “Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya hari ini. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu. Mengikut laman itu,Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah. Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu. Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.




Sistem politik negara agak tak aci bagi saya, jika kemenangan dengan majoriti rakyat pasti itu adil, tapi jika majoriti rakyat Malaysia+rakyat Bangladesh yang tak layak mengundi, itu namanya tidak adil. Mengapa betapa mudah kelayakan rakyat diberikan kepada rakyat Bangladesh, isu ini juga menjadi tanda hairan kepada Perdana Menteri Bangladesh sendiri. Sistem pilihanraya pun dah tunggang terbalik, keadilan sebenar tak dijalankan. Jangan sebab mahukan kemenangan maruah kita digadaikan.

Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

3 comments

  1. CikTeddyCorner September 16, 2011 at 11:12 PM

    cik stuju ngan ibnu!

    Best Blogger Tips
  2. nurmisnan September 17, 2011 at 1:58 PM

    Pancing dah tak der maka kotak undi kosong tanpa pemancing....

    Best Blogger Tips
  3. Anonymous May 10, 2014 at 10:37 PM

    Kalau kes undi ni senang je beri kerakyatan.mmg termaktub dlm sistem kerakjaan.kes sorg pemain bola nk taraf kerakyatan sebab nk bantu neg dlm bola sepak tak boleh.tak termaksub dlm sistem kerakjaan.wei,apa ini wei.bkn isu sama ke.common la.cincaikong tol la..

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat