0

PAS Cadang Dr Asri Ketuai Muzakarah Hudud

Filled under : Berita Semasa , Info Islam





Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man telah bercadang agar diadakan satu muzakarah untuk meleraikan permasalahan yang berlaku terhadap sistem perundangan Islam di Malaysia.


Bagi mengetuai muzakarah terbabit, Pas telah mencadangkan Dr Asri. Memang sepatutnya diadakan perbincangan aman untuk membincangkan masalah ini daripada dihebah oleh media yang tidak 100% semuanya sahih. Bila media menggembar gemburkan cerita, mulalah ada pihak yang tidak faham mula buat cerita yang sedikit sebanyak memberi fikiran negatif kepada rakyat.








Baca berita lanjut di [themalaysianinsider]




Ustaz Asri memang bagi saya merupakan pilihan yang terbaik bagi mengetuai muzakarah ini. Beliau juga dilihat tidak berpihak di mana-mana pihak, serta arif tentang ilmu Islam dan juga peka dengan isu politik di Malaysia.


Kita dapat lihat yang Pm dan Tpm menyatakan bahawa hudud ini tidak akan dilaksanakan dan masih belum sesuai untuk dilaksanakan. Jika terdapat perkara yang berbeza pendapat, mereka perlu memberi hujah dengan berkesan, bukan hanya mengatakan Malaysia belum sesuai, tetapi alasan hanyalah alasan yang remeh dan tidak kukuh. 








Semoga muzakarah yang dicadangkan akan dilaksanakan dan disahut oleh pihak kerajaan dan memberi pandangan sebenar kepada rakyat tentang isu ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan HUDUD DIJALANKAN!























Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa , Info Islam

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat