0

Beras di Jepun Telah Dicemari Bahan Radioaktif

Filled under : Berita Semasa

Dunia telah digemparkan dengan gempa bumi dan Tsunami yang mengakibatkan loji nuklear Fukushima di Jepun musnah dengan teruk dan merupakan yang terburuk di dunia sejak 25 tahun.


Terbaru pihak berkuasa Jepun melaporkan penemuan beras yang dicemari bahan radioaktif melebihi paras ditetapkan.





[BHARIAN] TOKYO: Jepun menemui kes pertama beras dicemari bahan radioaktif melebihi paras ditetapkan dalam satu ujian awal tanaman sebelum dituai, lapor Kementerian Perladangan baru-baru ini. 
Kementerian itu memberitahu, unsur radioaktif caesium 500 becquerels (Bq) sekilogram ditemui dalam satu sampel beras sebelum dituai di bandar Nihonmatsu di daerah Fukushima, 56 kilometer ke barat loji jana kuasa nuklear Fukushima.

Loji itu lumpuh akibat gempa dan tsunami 11 Mac lalu, mencetuskan bencana nuklear terburuk dunia sejak 25 tahun lalu.
Kementerian itu berkata, pihak berkuasa daerah Fukushima akan memperluas kawasan pemeriksaan hampir 10 kali ganda kepada sekitar 300 tempat. 
Ia adalah kes pertama di Jepun mengenai beras mengandungi caesium melebihi 200 Bq sekilogram, tahap yang memerlukan ujian lanjut di kawasan beras yang dituai.
Satu Bq digambarkan sebagai aktiviti satu kuantiti bahan radioaktif iaitu pereputan satu nukleus sesaat.-Agensi




Semua tahu yang bahan radioaktif sangat merbahaya dan mampu memberi kesan jangka masa panjang dengan kelahiran anak yang tidak normal dan sebagainya. 


Kita tak mahu kejadian seperti ini berlaku selepas kilang Rare Earth milik syarikat Lynas Co siap dibina di Kuantan walaupun dibantah oleh penduduk Kuantan termasuk saya sendiri.


Semoga kita dilindungi~









Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

0 comments

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat